Sleep Tight Night Light berfungsi untuk membantu anda mendapatkan tidur malam yang lena. Selain
fungsi warna lampu tidur yang boleh di ubah daripada beberapa pilihan yang ada, Sleep Tight Night Light
juga dilengkapi dengan bunyi-bunyi yang menenangkan, jam digital dan analog, jam penggera, dan
paparan cuaca terkini serta ramalan cuaca untuk setiap selang 3 jam. Sesuai digunakan untuk membantu
anda memulakan hari mereka.
Antara fungsi-fungsi Sleep Tight Night Light yang lain adalah seperti berikut:
MESIN BUNYI-BUNYIAN:
Main dan henti mesin bunyi-bunyian menggunakan Ikon Bunyi (Baris 1, Kiri). Anda boleh memilih
beberapa bunyian yang menenangkan termasuk Pure White Noise, Rain, Thunderstorm, Waves, dan juga
Slow Heartbeat. Setiap bunyi diulang secara teratur untuk mendapatkan bunyian yang sempurna. Bunyibunyian
akan sentiasa dimainkan semasa lampu tidur dibuka ataupun selepas skrin ditutup. Ia hanya
berhenti apabila Ikon Bunyi ditekan dan juga apabila aplikasi dimatikan. Kekuatan bunyi-bunyian dan
jam penggera dapat dikawal dengan slider bar yang disediakan.
JAM PENGGERA:
Fungsi jam penggera boleh diubah menggunakan Ikon Jam Penggera (Baris 2, Kiri). Tekan pada jam yang
tertera untuk memilih waktu ia berbunyi. Butang kecil yang disediakan memberi imbasan nada yang
disediakan, termasuk nada penggera asal, nada Gitar Spain, ataupun nada Piano yang indah. Pastikan
bunyi pada aplikasi tidak diletakkan pada mute. Penggera akan tetap berbunyi walaupun lampu tidur
dipasang, aplikasi ditutup, ataupun telefon dimatikan.
LAMPU TIDUR:
Pasang lampu tidur dengan menekan Ikon Lampu Tidur (Baris 3, Kiri). Anda boleh memilih apa-apa
warna sahaja untuk lampu tidur dengan menggunakan pilihan warna yang disediakan, antaranya merah,
oren, kuning, biru, hijau, perang , mahupun ungu, termasuk antara warna-warna tersebut. Kecerahan
lampu tidur boleh diubah melalui tetapan kecerahan yang ada pada telefon anda.
Lampu tidur memerlukan penggunaan bateri yang banyak. Pemasa lampu tidur tidak digunakan pada
asalnya, tapi boleh diaktifkan untuk memadamkan skrin selepas 15, 30, ataupun 60 minit. Penggunaan
fungsi pemasa lampu tidak memberi kesan terhadap mesin bunyi-bunyian mahupun jam penggera.
Terdapat dua pilihan yang ada untuk fungsi jam, analog dan digital. Memilih salah satu ataupun
keduanya akan memaparkan jam pada skrin lampu tidur. Tekan pada lampu tidur atau butang back
untuk memadamkannya sekaligus kembali ke paparan utama.
CUACA:
Ingin tahu pakaian yang sesuai sebelum keluar rumah? Apabila jam penggera dimatikan atau anda
memilih untuk kembali ke paparan utama, fungsi cuaca akan dikemaskini dengan data yang terkini
termasuklah ramalan cuaca dan suhu. Skrol ke kanan untuk melihat ramalan cuaca bagi 3 jam
seterusnya, 5 hari berturut. Tekan pada Ikon Cuaca, (Baris 4, Kiri) untuk memaparkan perincian cuaca
termasuklah bandar terkini, butiran lengkap tentang cuaca, suhu, kelembapan, dan juga ramalan cuaca.
Servis ini telah disediakan oleh http://openweathermap.org/.
Naik Taraf ke PRO untuk:
- Tambahan nada cengkerik untuk bunyi-bunyian.
- Tambahan lima bunyi penggera: violin, cello, flute, electric classical, and flute.
- Tambahan fungsi untuk bertukar warna secara rawak bagi lampu tidur.
-Tiada iklan dipaparkan didalam aplikasi.
Sleep Tight Night Light ialah aplikasi lampu tidur yang dilengkapi dengan fungsi penggera, mesin bunyian
serta ramalan cuaca untuk memberi anda tidur yang lena serta memudahkan hari cuti anda.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari: http://colorworkapps.com/SleepTightNightlight.html
Dikemas kini pada
7 Sep 2015