"Hanya kanda sebagai sejarawan dapat membantu hamba untuk membetulkan semula jurusan sejarah yang memang salah ini."
Melalui utusan surat dari masa lalu , Nyemah Mulya, pahlawan perempuan 15 tahun, meminta pertolongan seorang sejarawan untuk memastikan kerajaan Melaka tidak jatuh ke tangan Portugis. Sekiranya tidak, sejarawan tersebut akan terpupus dari susur masa. Tetapi bagaimana untuk mengubah sejarah sekiranya penulis sejarah itu sendiri kehilangan ingatan? Berjayakah juga beliau menemui jawapan kepada permasalahan cintanya sendiri?
Dalam novel Faisal Tehrani yang terkenal lni, sejarawan tersebut akan terperangkap antara dunia yang sebenar dan sebuah realiti alternatif, dimana sejarah akan ditukar - dan diulangi.
FAISAL TEHRANI , atau nama penuhnya, Mohd Faizal Musa, telah menerima pelbagai anugerah dan hadiah sastera termasuklah Anugerah Seni Negara (2006) . Karya 1515 telah menerima Anugerah Buku Negara (2005) untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu.