ADI WIRA Bukit Kiara
Adi merupakan seorang murid berusia 11 tahun yang berbadan gempal dan suka menyendiri. Kerana perwatakannya itu, dia tidak punya ramai kawan di sekolah. Hanya Eu Jin, ‘saintis’ muda dan Jen Nie, si ‘mulut murai’ yang sudi berkawan dengannya. Keadaan bertambah parah apabila dia bertemu dengan Ghazi, jirannya yang sering membulinya! Suatu hari, satu kejadian misteri telah berlaku ke atas Adi. Tanpa dia sedari, kejadian itu telah memberinya kuasa luar biasa. Namun di sebalik kelebihan yang diperolehnya, ada pula pihak yang ingin merampas kuasa tersebut. Apakah yang membuatkan kuasa tersebut menjadi rebutan? Dapatkah Adi mempertahankan kuasanya sekali gus menjadi wira?