Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi apabila anak kita sudah pandai untuk berkata-kata; тАЬMama, saya tak nak makan!тАЭ, тАЬPapa, saya tak nak tidur!тАЭ dan banyak lagi keletah si anak yang kadangkala menguji kesabaran ibu bapa.
Siri Akhlak Anak Muslim┬аini diharap dapat membantu ibu bapa membimbing dan menangani cabaran mengasuh anak-anak, melalui penceritaan yang ringkas dan mudah difahami. Penggunaan тАШbahasa kasihтАЩ oleh mama, Anas dan Anis dalam siri ini diharap dapat membantu ibu bapa mencontohi cara berkomunikasi dengan anak- anak. Buku ini juga turut memuatkan doa-doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak di bahagian Mari Kita Baca. Selain itu, ibu bapa boleh adakan sesi soal jawab di slot perbincangan di halaman Tahukah Adik-Adik?. Anak-anak juga boleh menguasai kosa kata mereka dalam tiga bahasa yang berbeza di halaman terakhir buku ini iaitu Kamus Cilik. Semoga┬аSiri Akhlak Anak Muslim┬аini mampu mencorak peribadi mulia seorang anak muslim.