Β
Sebagai ibu bapa, kita tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran danΒ dugaan dalam mendidik anak-anak. Apatah lagi apabila anak kita sudah pandai untuk
berkata-kata; βMama, saya tak nak makan!β, βPapa, saya tak nak tidur!β dan banyak lagiΒ keletah si anak yang kadangkala menguji kesabaran ibu bapa.Β Siri Akhlak Anak Muslim ini diharap dapat membantu ibu bapa membimbing danΒ menangani cabaran mengasuh anak-anak, melalui penceritaan yang ringkas dan mudahΒ difahami.
Penggunaan βbahasa kasihβ oleh mama, Anas dan Anis dalam siri ini diharapΒ dapat membantu ibu bapa mencontohi cara berkomunikasi dengan anak-anak. Buku iniΒ juga turut memuatkan doa-doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak di bahagian MariΒ Kita Baca Doa!Β
Selain itu, ibu bapa boleh adakan sesi soal jawab di slot perbincangan diΒ halaman Tahukah Adik-Adik?. Anak-anak juga boleh menguasai kosa kata mereka dalam
tiga bahasa yang berbeza di halaman terakhir buku ini iaitu Kamus Cilik. Semoga Siri AkhlakΒ Anak Muslim ini mampu mencorak peribadi mulia seorang anak muslim.