Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman, maka buatlah dia marah. Kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu. Sekiranya dia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadi sahabat.
“Kate nak tanya sikit, boleh?” “Boleh! Banyak pun boleh...”
Kate menggaru kepalanya. Seolah-seolah sedang menyusun ayat di kepala untuk bertanya. Ana sabar menanti. “Nak tanya pasal telekung...” soalan Kate tergantung di situ.“Telekung? Kenapa dengan telekung?” Kate terdiam sebentar sebelum memulakan pertanyaannya.
“Kenapa Ana pakai telekung?” Ana tersenyum mendengar soalan itu. Bukan kelakar tetapi itulah pertama kali orang menyoalnya soalan sebegitu.