ANDING AYANGAN II

· Buku Prima
4.8
21 reviews
Ebook
528
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Anding Ayangan II, kisah yang sangat mengujakan dan dibayangi dengan imaginasi yang penuh magis. Kisah masih berteraskan konsep saspens thriller. Anding Ayangan II tetap sebuah penceritaan bersandarkan Dark Dream dan make believe. Nilainya sangat tinggi dan berbaloi untuk dihayati. Seperti pembaca sedia maklum, kekuatan gaya bahasa dan teknik penceritaan yang penuh dramatik lebih memberikan kesan kepada pembaca. Berkisarkan mengenai dua dunia yang mempunyai kehidupan berbeza. Seorang penglipur lara bernama Nyian yang mempunyai kuasa sakti telah membaca dan mengubah cerita dongeng mengenai Anding Ayangan. Segala yang dipertuturkan benar-benar menjadi kenyataan. Kehidupan Furqan Ayyubi di dunia Anding Ayangan terhenti kerana dia telah dibawa ke dunia nyata akibat pengkisahan Nyian. Manakala Nyian dan sahabatnya Damit pula bertukar dengan Furqan Ayyubi dan telah ditelan lautan dan dibawa ke dunia Anding Ayangan. Bermulalah kacau bilau di mana, Nyian telah menyalahgunakan kesaktiannya dan cuba mengambil alih takhta kerajaan Anding Ayangan. Dia berjaya menggulingkan Raja Perempuan Yungku Kelangar iaitu adik kepada Furqan Ayyubi. Walau bagaimanapun Nyian bukanlah seorang raja yang adil dan mengakibatkan huru-hara di kerajaan Anding Ayangan dengan hanya menggunakan lisan sahaja. Manakala Furqan Ayyubi di dunia nyata ini bersungguh-sungguh berjuang untuk membunuh seekor makhluk yang datang dari Anding Ayangan juga. Makhluk itu telah menumpang di dalam jasad Datuk Johar seorang ahli politik. Sebelum ini, di dunia Anding, makhluk itu juga turut menumpang jasad Raja Tabakbauta' iaitu ayahanda Furqan Ayyubi. Tetapi keadaan Furqan Ayyubi itu disalahertikan oleh orang sekelilingnya di dunia nyata ini dan mengatakan dia mengalami gangguan mental. Akhirnya dia dimasukkan ke hospital mental dan berjumpa dengan seorang lelaki tua seusia Nyian dan juga sahabat Nyian iaitu Pak Hashim. Lelaki itu juga dikatakan mengalami gangguan mental tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah, lelaki itu juga turut mengetahui rahsia kitab dongeng Anding dan kesaktian Nyian.

Ratings and reviews

4.8
21 reviews
Ahmad Solihin Ahmad Kamal
July 28, 2024
kecewa dengan ebook sekarang..banyak datang dalam bentuk novel buku...tulisan xleh nk ejas besar kecik...kena guna zoom..then tak dapat full screen..memang sangat kecewa
Did you find this helpful?
Lufty Gummy
November 17, 2020
Penuh debaran dan pertanyaan. Perlu fokus yang tinggi. Banyak benda yang tidak terjangka. Persoalan demi persoalan timbul.
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Adnan Ali
August 15, 2024
Dari AA I, dia punya plot twist boleh tahan.. Sambung Anding Ayangan III. 👍👍👍
Did you find this helpful?

About the author

PENULIS THRILLER NO.1 MALAYSIA

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.