Abang Driver

· Buku Prima
4.4
8 ulasan
e-Buku
568
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

 Rupa, harta atau cinta?
Nurul Abyannajah atau nama gelarannya Abie, gadis kecil molek yang menggalas semua bebanan dalam hidupnya. Dilahirkan dalam keluarga bermasalah menjadikan tugas menyara keluarga menjadi tanggungjawabnya. Kerana kasih kepada orang tua, dia cuba menyenangkan keluarganya walaupun kadangkala permintaan mereka di luar kemampuan. Dia pasrah. Sehinggalah emaknya mahu mengahwinkan dia dengan lelaki kaya di kampung, dia tidak mampu untuk menolak.

Kehadiran Azfar dalam hidupnya ketika dia dilanda kekeliruan bagaikan penyelamat. Apatah lagi Azfar menyuarakan hasratnya pada emak Abie sendiri. Sekali lagi dia pasrah, walaupun hatinya bagaikan dipaut dengan seorang pemandu bas bernama Zulqarnain, namun lelaki itu tiada harta. Dia yakin emaknya tidak akan mahu menerima Zulqarnain.

Dugaan demi dugaan datang menimpa, mampukah Abie menepis segala yang datang? Sedangkan cintanya sendiri membuat dia semakin keliru.

"Awak bertuah tau dalam ramai perempuan yang nak berkenalan dengan saya, awak seorang aje yang saya call. Ramai yang ternanti-nanti panggilan saya tau." - Zulqarnain

"Amboi Encik Zulqarnain, angkat bakul nampak! Tu orang lain. Saya ni tak pernah pun nak bermimpi minta awak call tau. Awak yang cari saya." - Abie

"Saya... saya dah jatuh hati pada awak. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya tahu saya ni duda dengan dua orang anak yang masih kecil. Tapi awak jangan risau, saya takkan biarkan anak-anak saya menjadi beban dalam hubungan kita. Please Abie.... saya ingin berkongsi segala kesusahan awak." - Azfar

Rating dan ulasan

4.4
8 ulasan
Balkis Balkis
14 April 2019
memang best
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.