Akan ada peristiwa nanti di mana As Sufyani akan mengatur-gerak dua kumpulan tenteranya yang berbeza secara serentak seperti berikut;
a. 15,000 tentera berkenderaan ke Kufah, Iraq membunuh 100 ribu orang.
b. 15,000 tentera berkenderaan ke Madinah dan menghancurkan Kota Madinah.
Seterusnya, Baiah Imam Mahdi berita baiah Imam Mahdi pada malam tersebut menjadi tular dan bagaimana ia tular samada ditularkan oleh orang yang terlibat ataupun kerana “pengumuman rasmi dari langit”.
Walaupun kita kata kita merindui kezahiran Al Mahdi di kalangan kita, namun percaya lah belum tentu kita jumpa seorang daripada seribu yang menyukai kehadiran Al Mahdi. Yang tidak menyukai itu antaranya adalah orang Islam sendiri.
Apa yang jelasnya, perkara yang baik dan ditunggu-tunggu ini sudah tentu akan menjadi berita panas dan viral di langit serta bumi.
Ikuti kupasan ekslusif di dalam ini.
Penafian!
Ebook ini tidak dijual. Sekiranya ingin membaca, boleh membuat bacaan percuma di fb page "Berita Akhir Zaman".
Walau bagaimanapun sekiranya berniat untuk memberikan kami hadiah atau sumbangan demi membantu usaha-usaha kajian, penyelidikan dan penulisan atau berniat untuk mendapatkannya sebagai koleksi, boleh klik butang Buy/Beli.
Kami sama sekali tidak pernah memaksa anda memberikan memberikan hadiah atau sumbangan. Segala bahan pembacaan yang kami tulis, kami tidak menuntut sebarang bayaran, hadiah atau sumbangan dari anda bahkan kami berikan kepada anda secara percuma di fb page kami.