Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah: Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan (UUM Press)

· UUM Press
eBook
147
페이지
검증되지 않은 평점과 리뷰입니다.  자세히 알아보기

eBook 정보

Adab Sebelum Suluk Tarekat Naqshabandiyyah Mengikut Sheikh Abdul Wahab Rokan adalah sebuah karya ilmiah yang membincangkan tentang sumbangan pemikiran dan pelaksanaan ajaran Tarekat Naqshabandiyyah yang dipimpin oleh Sheikh Abdul Wahab Rokan. Walaupun begitu buku ini hanya menyentuh tentang pemikiran beliau berkaitan dengan adab-adab sebelum suluk. Adab-adab sebelum suluk berfungsi sebagai panduan pertama sebelum menempuh latihan suluk dan memudahkan para pengikutnya mematuhi disiplin yang disusun secara terfokus. Buku ini menjelaskan tentang adab-adab sebelum suluk yang telah digaris dan dipraktiskan dalam kalangan murid dan guru yang mempunyai urutan salasilah tarekat daripada Sheikh Abdul Wahab Rokan. 

Penilaian terhadap adab-adab tersebut dilakukan dengan merujuk kepada bukti-bukti daripada al-Quran, hadis, pendapat tokoh sufi dan para ulama terdahulu. Setiap adab tersebut dicerakin mengikut urutan atau prosedur yang sama bagi mencari kesahihan hukum pada pandangan syarak. Konsep-konsep yang diutarakan boleh dijadikan panduan dan penambahan ilmu pengetahuan untuk memahami konsep tasawuf secara bersama. Kehadiran buku ini adalah sebagai bacaan tambahan tentang pendidikan tarekat dan disiplin tasawuf. Namun perbezaan yang ketara antara buku ini dengan koleksi bacaan yang sedia ada ialah pendedahan tentang kedudukan adab-adab suluk pada pandangan syarak yang telah membawa kejayaan besar kepada Sheikh Abdul Wahab Rokan dalam usaha membentuk akhlak masyarakat.

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.