Bagi sesetengah orang, kegagalan merupakan satu titik akhir dalam kehidupan mereka. Bagi mereka, kegagalan yang mereka hadapi akan menamatkan kisah kehidupan mereka. Tanpa mereka sedari, tanggapan itu semuanya salah.
Masyarakat selalu berkata yang hidup ini bagaikan roda, kadang-kadang diatas kadang-kadang dibawah. Disaat kita mendaki gunung yang tinggi yakni sedikit cuma hampirnya untuk sampai kepuncak dimana diri dipenuhi kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan dan di saat itu juga lah tiba-tiba kita tergelincir jatuh kebawah, pada waktu inilah yang selalunya membuatkan manusia hilang arah tuju. Ujian yang dihadapi ini dilihat sebagai akhir kehidupan. Tidak rakan-rakan jutawan, ini bukan akhirnya, bahkan ini adalah satu permulaan.
Kita tidak seharusnya hanya menangisi kegagalan kita. Sebagai seorang usahawan haruslah kita mencari pintu untuk keluar. Segala masalah itu pasti akan ada hikmahnya.
Semakin hebat ujian yang ALLAH timpakan, bermakna semakin ALLAH sayang pada kita. Didalam menghadapi ujian serta masalah, maka itulah wujud nya peluang bukan pengakhiran.
Saya Afiq Arbae, kepakaran saya adalah didalam bidang pembangunan laman web dan aplikasi mudah alih (mobile app). Saya telah berkecimpung didalam dunia pembangunan web sejak tahun 2007. Berpengalaman dalam membina laman web untuk syarikat-syarikat korporat di seluruh Malaysia. Kini mengembangkan legasi ke arah pembangunan Aplikasi Mudah Alih selaras dengan kepesatan teknologi zaman sekarang.
Sejak menyertai seminar-seminar Dr Azizan Osman. Matlamat saya menjadi sangat berbeza dan amat bermakna. Saya ingin membantu dan menambah nilai usahawan-usahawan Melayu di Malaysia. Hidup saya bukan lagi untuk diri sendiri dan wang semata-mata.
Saya telah melalui bermacam-macam kegagalan sejak 6 tahun yang lalu. Saya tiada MENTOR seperti Dr Azizan Osman. Saya tiada ELMU, saya tiada SISTEM dan juga TINDAKAN, Saya berdiri dikaki sendiri tanpa bantuan. Dan jatuh pun sendiri tiada siapa yang peduli. Oleh sebab itulah saya tidak mahu melihat orang lain terutamanya bangsa Melayu jatuh seperti saya. Saya tidak mahu kegagalan yang saya hadapi diulangi.
Ebook ini saya karang untuk membantu usahawan-usahawan dalam mengatasi ketakutan mereka terhadap KEGAGALAN. Saya berharap sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan jutawan semua. Semoga anda semua Kaya dan Berjaya serta dirahmati Allah swt.