Buku Antara Sejarah dan Mitos yang bernada kritis ini ditulis oleh seorang sejarawan yang cuba merungkai persoalan kebolehpercayaan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang utuh, dan juga menganalisis secara kritis kewujudan Hang Tuah dalam sejarah silam Melaka bagi menentukan sama ada figur ini adalah benar-benar tokoh sejarah ataupun semata-mata tokoh yang dimitoskan sahaja.
Sejarawan Prof. Ahmat Adam (lahir Mac 24, 1941) terkenal dengan karyanya, The Vernacular Press and the Emergence of Indonesian Consciousness (1855-1913) (1995). Sebuah lagi karyanya, Letters of Sincerity The Raffles Collection of Malay Letters (1780 -1824) (terbit 2009), iaitu mengenai warkah Melayu, yang turut menyentuh makna huruf-huruf tertentu al-Quran dan erti angka dalam perlambangan sufi, sekali lagi menjadi rujukan dalam perbincangannya mengenai aspek tasawuf yang terdapat dalam karya sastera sejarah yang diketengahkan ini. Seperti biasa, sikap kritis beliau terhadap kajian mengenai manuskrip Melayu pada masa yang lepas-lepas ditunjukkan lagi dalam penulisan buku ini.
Diharapkan karya Hikayat Raja Pasai suntingan sejarawan veteran ini dapat memanfaatkan pembaca dan mereka yang meminati bidang pengajian Melayu umumnya, serta kaum pelajar yang cuba memahami beberapa aspek daripada apa yang disebut sebagai kesusasteraan sejarah orang Melayu.