SEKUFU: Bina Keserasian & Bentuk Persefahaman Dalam Rumah Tangga

·
· IMAN Publication Sdn Bhd
4.5
11 reviews
Ebook
226
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Ramai orang mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan sempurna - setia sehingga hujung nyawa.  

Apabila sudah berkahwin, barulah tersedar bahawa perjalanan mencapai bahagia itu tidaklah seindah dan semudah yang dibayangkan. Hatta untuk mencapai kata sepakat bersama pasangan daripada sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecilnya pun sukar, sampai kita mula mempersoalkan keserasian hidup sebagai pasangan suami isteri.  

Apakah sebenarnya yang terjadi?  

Adakah kami tidak sekufu lagi?  

Kita sangka memilih pasangan yang sekufu ialah kunci utama untuk bahagia dalam perkahwinan. Hakikatnya, sekufu dengan pasangan bukanlah bermaksud tiada langsung perbezaan. Apa yang perlu ditekankan ialah kebersamaan.  


Bersama-sama memberikan komitmen untuk saling memahami. 

Bersama-sama membina keserasian untuk menjayakan hubungan rumah tangga.  


Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan. 


Ratings and reviews

4.5
11 reviews

About the author

Muhammad Aiman bin Azlan

AimanAzlan mula menempah nama sebagai seorang vlogger YouTube semasa masih belajar di Universiti Toronto, Kanada. Sejak itu, audiens beliau berkembang secara organik, terutama dalam kalangan belia yang menyukai pendekatan beliau yang santai dan mudah difahami.

Tidak lama selepas itu, institusi dan universiti mula menjemput beliau untuk sesi ceramah, forum, seminar dan bengkel. Kemahiran berpidato beliau akhirnya bertukar menjadi kerjaya sejurus beliau menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Biologi dan Psikologi dengan kepujian.

Beliau telah menjelajah ke serata negeri dan luar negara untuk membuat perkongsian ilmu meliputi topik yang dekat dengan golongan belia seperti identiti diri, cinta, hubungan kekeluargaan, produktiviti, komuniti dan nilai diri.

Beliau memulakan syarikat sendiri, Aiman Azlan Academy, pada tahun 2015 yang banyak memfokuskan kepada modul membina keyakinan diri melalui komunikasi yang berkesan.

Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj

Dr. Harlina Halizah Siraj, atau lebih mesra dengan panggilan Dr. Har merupakan seorang pendidik dan aktivis yang banyak menyumbang idea dan ilmu kepada masyarakat.

Beliau berkelulusan doktor perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1991, doktor pakar O&G pada tahun 1997, dan sarjana pendidikan klinikal di Melbourne pada tahun 2018. Bidang pengkhususan beliau merangkumi kesihatan seksual dan reproduksi, perancangan keluarga, pembinaan sahsiah dan profesionalisme pengamal perubatan dan pengajaran klinikal.

Beliau juga sering muncul di kaca TV dan radio tempatan bagi menyentuh topik berkaitan pembangunan wanita, keibubapaan, kekeluargaan, kesihatan seksual dan reproduktif remaja.

Kini beliau berkhidmat sebagai Profesor O&G dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) di Fakulti Perubatan UKM. Beliau juga merupakan pengasas & pengarah Akademi Dr Har (ADH).

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.