Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia

·
· Yayasan Pustaka Obor Indonesia
5,0
4 bài đánh giá
Sách điện tử
301
Trang
Điểm xếp hạng và bài đánh giá chưa được xác minh  Tìm hiểu thêm

Giới thiệu về sách điện tử này

 Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia ini menghimpunkan karya penulis serta menampilkan kepelbagaian tema daripada latar belakang yang pelbagai. Perjuangan, jati diri bangsa, kecintaan kepada tanah air, sejarah dan kehidupan manusiawi diangkat dan dicernakan dengan cara yang tersendiri. Setiap penulis memiliki gaya penyampaian yang berbeza untuk berkongsi pengalaman dan sudut pandangan. Semuanya ini akan menjadi perakam sejarah dan zaman. Khalayak pembaca antara kedua-dua Negara boleh mempelajari hal tentang sebuah dunia Nusantara yang dipisahkan oleh sempadan politik, tetapi bahasa dan manusianya masih tetap sama.

Xếp hạng và đánh giá

5,0
4 bài đánh giá

Giới thiệu tác giả

 NANING PRANOTO

NANING Pranoto, meraih gelar sarjana di bidang bahasa dan sastra dari Universitas Nasional, Jakarta (1986), dan mendapat gelar masternya di bidang Chinese Studies dari Bond University Australia (2001). Ia mendalami bahasa Inggris di English Language Centre Monash University (1997). Selain itu ia pun belajar di English Language Centre in Academic Writingand Creative Writing di University of Western Sydney, Australia (1999). Sebelum itu ia pun studi jurnalistik di SekolahTinggi Publisistik, Jakarta (1985).

Sebelum produktif menulis fiksi, Naning Pranoto sudah lebih dahulu berkecimpung dalam dunia pers. Karirnya dimulai di Majalah Mutiara, Sinar Harapan Grup (1977-78). Selanjutnya ia bekerja untuk Majalah Ananda Kartini Grup (1978-1980).

Tahun 1981-1982 ia sebagai Pemimpin Redaksi Majalah Jakarta-Jakarta. Setelah itu merambah ke bidang penulisan naskah sandiwara radio untuk Radio BBC-London dengan produser Sanggar Pratiwi (1985-1990). Lebih jauh ia menulis skenario film, skrip film-video, dokumenter dan berbagai iklan komersial maupun iklan layanan masyarakat.

Tahun 2003 Naning Pranoto mendirikan Yayasan Garda Budaya Indonesia, bergerak di bidang kebudayaan. Kini ia sebagai Pembina Yayasan Rayakultura. Melalui Rayakultura, Naning Pranoto memberikan pelatihan menulis kreatif (creative writing) dan menulis ilmiah (academic writing) kepada ribuan siswa tingkat TK, SD, SLTP, SLTA, Perguruan Tinggi, maupun para guru di berbagai kota di tanah air.

Naning Pranoto telah menulis 25 judul novel, 42 judul buku anak-anak, dan 16 textbook serta ratusan judul cerpen yang dimuat di berbagai media massa. Novelnya berjudul Wajah Sebuah Vagina tercatat sebagai bestseller 2005. Novel Miss Lu mendapat penerimaan hangat dari masyarakat luas sebagai novel asimilasi.

Karya terbarunya Creative Writing: 17 Langkah Mudah Menulis Novel, Telaga Inspirasi Menulis Fiksi, dan 24 Jam Memahami Creative Writing, Fun Writing for Kids, dan Seni Menulis Sastra Hijau. Novelnya Mumi Beraroma Minyak

Wangi versi Inggris, The Scented Mummy, diterbitkan dalam bentuk E-Book oleh D&W Publisher. Dzikir Jantung Fatima novel ke-25 menjadi best-seller 2012. Ia mendirikan SSDSNP Taman Puisi dan SSDS-NP Creative Writing Centre dan Dapur Mbok Noto di Sentul City Bogor, awal 2013.

Naning Pranoto dapat dijumpai di www.rayakultura.net. Bagi pembaca di mana pun berada, yang berminat konsultasi dan pelatihan menulis cerpen, novel, karya ilmiah dan editing naskah maupun memesan buku, silakan e-mail: [email protected].


Rahimidin Zahari

Rahimidin Zahari  (1968-14 Mei 2015) adalah penulis dari Malaysia. Beliau adalah Bendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia(Pena). Rahimidin yang bertugas sebagai Pengurus Panggung Istana Budaya dan Editor Majalah Pentas dikenali sebagai penyair dan sudah menghasilkan 11 kumpulan puisi yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab dan Thailand. Beliau yang menghasilkan buku Wayang Kulit Shadow Play: The Folk Epic of the Malay Archipelago, turut dikenali sebagai penggiat wayang kulit yang aktif mempersembahkan seni tradisi masyarakat Kelantan itu ke luar negara termasuk di Frankfurt, Jerman dan Amerika Syarikat (AS). Rahimidin Zahari dilahirkan di Peringat, Kota Bharu, Kelantan pada 28-Mac-1968.

Menerima pendidikan rendah dan menengah Kelantan. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Sains Malaysia, dan Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Malaya. Menulis dalam semua genre sastera dan menangi pelbagai hadiah untuk kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena, Anugerah Sastera Islam Darul Imam, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana, Anugerah Penghargaan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2013[1], dan banyak lagi.

Beliau telah menerbitkan 15 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah kumpulan karya bersama penulis lain. Judul bukunya seperti Lakaran Kampung, Cempaka Putih, Pewaris, Wira Sekolah, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir) - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di Moscow, Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris) dan Perahu Fansuri. Dramanya yang pernah dipentaskan Muzikal Puteri Hang Li Po, Suzana @60. Teater Tari Pentas, Muzikal Putra, Mahsuri, Rebab Berbisik, Dalang dan Bidan Ketujuh. Puisinya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti Inggeris, Russia, Portugis, Korea, Arab dan Thailand.

Beliau wewakili negara ke Second Asean Writers Conference (1995), Festival Istiqlal (1995), International World Theatre Congres anjuran UNESCO (2005), Program Penataran MASTERA (2006) dan Korea-Asean Poets Literature Festival (2010), “The MakyungSpiritual Dance Heritage: Seminar And Performances”, di Bangkok, Thailand (2011), “1st Asian Theatre Professionals Congress”,Chongqing, China (2011) dan “ASEAN-KOREA Culture and Arts Forum (2012) Bukunya “Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia” dilancarkan di Frankfurt International Book Fair (2010)

Xếp hạng sách điện tử này

Cho chúng tôi biết suy nghĩ của bạn.

Đọc thông tin

Điện thoại thông minh và máy tính bảng
Cài đặt ứng dụng Google Play Sách cho AndroidiPad/iPhone. Ứng dụng sẽ tự động đồng bộ hóa với tài khoản của bạn và cho phép bạn đọc trực tuyến hoặc ngoại tuyến dù cho bạn ở đâu.
Máy tính xách tay và máy tính
Bạn có thể nghe các sách nói đã mua trên Google Play thông qua trình duyệt web trên máy tính.
Thiết bị đọc sách điện tử và các thiết bị khác
Để đọc trên thiết bị e-ink như máy đọc sách điện tử Kobo, bạn sẽ cần tải tệp xuống và chuyển tệp đó sang thiết bị của mình. Hãy làm theo hướng dẫn chi tiết trong Trung tâm trợ giúp để chuyển tệp sang máy đọc sách điện tử được hỗ trợ.