Apa Rasa Cinta?

The Chapter Bookstore
4.6
8則評論
電子書
114
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

APA RASA CINTA

 

Zhafran Yusuf jatuh cinta pada Inas Sofea. Tapi masalahnya, dia pernah mengata Inas dulu. Bagaimana Zhafran mahu Inas tahu yang dia ada perasaan lain pada Inas? 

“Ini bukan idea aku. Ini idea kau. Kau yang cakap macam tu rasanya cinta kan. So, kita buat la Inas tu merasai apa yang kau rasa. Apa rasanya, kalau barang dia hilang dan kau sorok... Lepas tu, kau serahkan. Ha... Mesti dia rasa gembira bila jumpa.”

“Aku takut dia lempang aku selepas dia tahu yang aku dah sorokkan barang-barang dia.”

Tak pasal, Zhafran mengikut idea kawan baiknya dengan mencuri barang-barang kepunyaan Inas. Katanya... Rasa cinta itu ialah seperti rasa menjumpai barang yang dah lama hilang?  

Ya ke?

 

THE CHAPTER

 

Apabila kita buat sesuatu yang baik... Kita tak sangka, kebaikan itu akan memberi impak dalam kehidupan kita walaupun kebaikan itu, kecil.  

Do good, good will come to you.  

Itu yang terjadi dalam kehidupan Hana Andini, owner The Chapter, sebuah kedai menjual buku novel. Oleh kerana dia membantu seorang mak cik, kebaikannya itu telah dicanang-canang sehingga menarik perhatian Fairel Athar. Tak sangka, Fairel juga bukan calang-calang orangnya...  

“Hana Andini binti Hamdan...”

“Apa?”

“Saya tunggu awak call saya dalam masa tiga hari. Tiga hari aje tau bermula esok.”

“Siapalah nak call awak tu?”

“Awaklah... Takkan mak cik cleaner awak ni pula...” 

Apa akan jadi selepas tiga hari tu?


評分和評論

4.6
8則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。