Ayat-Ayat Halal

· The Chapter Bookstore
5.0
3則評論
電子書
240
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini, dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

“Ambil lah... sekeping saja lagi.”

“Haih seganlah saya pak cik.”

“Dah taram sampai berkeping-keping... takkan tinggai sekeping, tolak kot.”

“Saya ni memang suka kek pandan.”

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal... Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya... Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya... rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

"Tapi kan Ulya, dah banyak bazar Ramadan saya pi... merata pi. Tak jumpa juga dengan yang saya duk cari tu."

"Ustaz Eb cari apa? Makanan apa yang teringin nak makan? Habaqlah. Nanti saya cari resepi, saya buatkan."

"Dak... bukan makanan."

"Dah tu cari apa?"

"Jodoh. Boleh ke awak buatkan?"

"Laaaa... awat bodoh sangat pun tak tau. Bazar Ramadan untuk cari makanan. Bukan cari jodoh.”

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim... Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak menyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang  layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana... cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!


評分和評論

5.0
3則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。