Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah

· PTS Millennia
4,5
23 ຄຳຕິຊົມ
ປຶ້ມອີບຸກ
218
ໜ້າ
ບໍ່ໄດ້ຢັ້ງຢືນການຈັດອັນດັບ ແລະ ຄຳຕິຊົມ ສຶກສາເພີ່ມເຕີມ

ກ່ຽວກັບປຶ້ມ e-book ນີ້

 Himpunan kisah inspirasi daripada pelbagai jenis manusia yang mencari rahsia Tuhan yang paling manis, iaitu jodoh.

Ada perempuan baik yang patah hatinya, ada lelaki yang terkenang dosa silam, ada yang perlu menanggung keluarga, ada yang berasa wajahnya tidak cantik, ada yang sudah tidak percaya kepada cinta, dan segala macam perkara yang membuatkan jodoh itu terasa jauh daripada mereka.

Namun, rahsia Tuhan siapa yang tahu. Ia datang kepada siapa yang mencari dan kepada yang yakin bahawa pada ketika ini, pada saat ini, jodohnya berada di belahan dunia yang lain, tetapi Tuhan belum mempertemukan mereka, kerana mereka sedang diuji.

Manisnya berdua, tidak akan terasa sekiranya sebelum ini tidak diuji dengan pahitnya sepi.

ການຈັດອັນດັບ ແລະ ຄຳຕິຊົມ

4,5
23 ຄຳຕິຊົມ

ກ່ຽວກັບຜູ້ຂຽນ

 Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen. 

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

ໃຫ້ຄະແນນ e-book ນີ້

ບອກພວກເຮົາວ່າທ່ານຄິດແນວໃດ.

ອ່ານ​ຂໍ້​ມູນ​ຂ່າວ​ສານ

ສະມາດໂຟນ ແລະ ແທັບເລັດ
ຕິດຕັ້ງ ແອັບ Google Play Books ສຳລັບ Android ແລະ iPad/iPhone. ມັນຊິ້ງຂໍ້ມູນໂດຍອັດຕະໂນມັດກັບບັນຊີຂອງທ່ານ ແລະ ອະນຸຍາດໃຫ້ທ່ານອ່ານທາງອອນລາຍ ຫຼື ແບບອອບລາຍໄດ້ ບໍ່ວ່າທ່ານຈະຢູ່ໃສ.
ແລັບທັອບ ແລະ ຄອມພິວເຕີ
ທ່ານສາມາດຟັງປຶ້ມສຽງທີ່ຊື້ໃນ Google Play ໂດຍໃຊ້ໂປຣແກຣມທ່ອງເວັບຂອງຄອມພິວເຕີຂອງທ່ານໄດ້.
eReaders ແລະອຸປະກອນອື່ນໆ
ເພື່ອອ່ານໃນອຸປະກອນ e-ink ເຊັ່ນ: Kobo eReader, ທ່ານຈຳເປັນຕ້ອງດາວໂຫຼດໄຟລ໌ ແລະ ໂອນຍ້າຍມັນໄປໃສ່ອຸປະກອນຂອງທ່ານກ່ອນ. ປະຕິບັດຕາມຄຳແນະນຳລະອຽດຂອງ ສູນຊ່ວຍເຫຼືອ ເພື່ອໂອນຍ້າຍໄຟລ໌ໄໃສ່ eReader ທີ່ຮອງຮັບ.