Bayangan Gurauan

Buku Prima
4.6
17則評論
電子書
505
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

 IRISH QIARA,zaman remajanya tercalar dek kepedihan masa silam. Reza, lelaki yang diharap akan menjaga seumur hidup, pergi meninggalkannya menikahi perempuan lain. Pergi bersama janji-janji serta beban yang tersisa buat dirinya. Hinggakan Irish tawar hati untuk menerima insan bernama lelaki, apatah lagi untuk jatuh cinta semula.

TENGKU HARRYS DAMIEN,hidupnya hanya tertumpu pada kerjaya. Setelah memiliki Ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, dia memilih untuk menetap dan bekerja di sana sambil meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Bagi Tengku Harrys, cinta bukanlah sesuatu yang penting untuk difikirkan biarpun ramai gadis datang padanya menagih perhatian.

Pertemuan antara mereka terjadi di syarikat milik keluarga Tengku Harrys. Setahun selepas Irish berkhidmat di sana, Tengku Harrys pulang semula ke Malaysia untuk membantu keluarga menguruskan syarikat tersebut setelah puas menimba pengalaman di perantauan. Yang seorang tidak banyak bercakap, yang seorang hanya memerhati dari jauh. Namun disebabkan beberapa insiden yang berlaku suatu ketika dulu membuatkan wajah Irish terpahat kemas dalam ingatan Tengku Harrys. Malah bayangan gadis itu juga yang selalu datang bergurau di dalam lena mahupun hari-harinya semenjak kejadian itu.

Keadaan berubah apabila Tengku Dafina menyuarakan hajat memetrai ikatan antara Tengku Harrys dan Irish. Di saat itu, Reza muncul semula bersama agenda tersembunyi. Tengku Melissa pula tidak henti mencuri perhatian Tengku Harrys demi meraih cinta yang terpendam rapi. Dan kehadiran Tengku Zafran untuk memiliki Irish bagai ingin memparahkan lagi. Masih tegarkah dua hati menyulam kasih pabila rahsia yang sekian lama terlempar jauh disingkap kembali? Masih utuhkah dua jiwa menganyam cinta kala badai yang hadir menyapa seakan tidak mahu beransur pergi?

“Saya rasa perasaan Tengku belum pergi lebih jauh. Atau mungkin belum ada sekelumit pun perasaan dalam hati Tengku. Jadi masih belum terlambat untuk undur diri...” –IRISH

“Seumur hidup saya mungkin belum pernah bercinta. Tapi sekali saya dah jatuh cinta, jangan harap saya akan berpatah balik!” –TENGKU HARRYS

評分和評論

4.6
17則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。