Buku ini memberi panduan untuk mengangkat peribadi Nabi Muhammad SAW pada tahap yang sepatutnya di dalam isu "Buta Huruf" ini.
Anda akan didedahkan dengan perkara berikut:
Pandangan minoriti umat menyatakan Nabi Muhammad buta huruf sejak kecil sehingga wafat.
Pandangan orientalis yang menyatakan Nabi Muhammad belajar membaca dan menulis sejak kecil.
Pandangan minoriti ulama yang menyatakan Nabi Muhammad berkemampuan membaca dan menulis setelah menerima wahyu
Ikutilah ulasan secara terperinci daripada penulisan buku ini. Semoga kita beroleh kefahaman. AllahummaAmin.
nama penanya Syihabudin Ahmad merupakan seorang penulis dan pendakwah muda yang komited. Karyanya seperti artikel agama, buku agama, dan panduan praktikal ibadah[1] untuk umat Islam menjadi rujukan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.
Pada tahun 2009, beliau telah mengasaskan satu modul teknik pendidikan Al-Quran yang diberi nama Metode Al-Jazary. Teknik ini telah teruji berjaya mendidik pelajar membaca al-Quran dalam tempoh 24 Jam.