Bicara Pungguk

· Studio Pohon Rendang
電子書
70
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Buku ini ditulis oleh Mastura Abdul Rahman untuk merakam proses penghasilan sebuah siri enam catan, ‘Bicara Pungguk’ (2024). Ia diilhamkan daripada sebuah puisi Melayu tradisional, Sha’er Burong Punggok oleh Encik Ibrahim dari Riau pada tahun 1865. Penulis/pelukis telah memilih rangkap-rangkap yang sesuai daripada keseluruhan naratif syair untuk dicatankan mengikut stail/gaya dilaziminya: dekoratif dengan corak batik dan teknik kolaj serta lukisan alam-benda sejak dekad 1980-an.

關於作者

Mastura Abdul Rahman dilahirkan di Singapura pada tahun 1963. Dia membesar dan mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di Johor Bahru sebelum memasuki Institut Teknologi MARA pada 1982 untuk belajar Seni Halus dan seterusnya Pendidikan Seni. Pernah berkhidmat sebagai Guru Sekolah dan Pensyarah Sambilan sebelum menyambung pendidikan di Universiti Multimedia, Cyberjaya dan mendapat Sarjana Sains Multimedia Kreatif. Kini berkhidmat sebagai Penolong Professor di Fakulti Kreatif Multimedia universiti tersebut.

Karier seni rupanya bermula pada tahun 1985, bila terpilih mewakili Malaysia ke 3rd ASEAN Painting Workshop & Exhibition di Yogjakarta, Indonesia. Mastura memenangi Hadiah Utama Bakat Muda Sezaman Malaysia pada 1986. Selain Kuala Lumpur, dia juga pernah berpameran di Jakarta, Singapura, Sydney, Manila, London, dan Kassel. Karya-karyanya banyak dihimpun dalam himpunan persendirian di Malaysia dan Singapura. Kini, Mastura mencatan di studionya, Studio Pohon Rendang, di Puchong, Selangor. 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。