Buat Duit dengan Foto

· PTS Professional
5,0
2 рецензии
Е-книга
139
Страници
Оцените и рецензиите не се потврдени  Дознајте повеќе

За е-книгава

 Buku ini ditulis khusus kepada mereka yang mempunyai hobi dalam bidang fotografi. Hobi merakam foto kadangkala menghabiskan wang kerana membeli pelbagai aksesori kamera, kad memori dan juga bagi mencetak foto. Buku ini memberikan idea kepada kita supaya hobi ini dapat menghasilkan duit. Buku Buat Duit dengan Foto ini bukan semata-mata cetusan idea yang kosong, malah sudah ramai orang yang mencubanya dan berjaya menghasilkan duit mengikut kemampuan masing-masing. Banyak orang beranggapan kamera hanya mampu bagi mengambil gambar. Anggapan sedemikian adalah bagi pemilik kamera yang menjadikan aktiviti merakam gambar sebagai hobi semata-mata. Buku ini memperkenalkan dan menunjukkan kaedah kepada pembaca bagi mengubah hobi mengambil gambar menjadi bentuk perniagaan yang menguntungkan. Pelbagai gambar biasa seperti potret, pemandangan, majlis perkahwinan, majlis hari jadi, peristiwa dan yang seumpama dengannya sebenarnya boleh dijual dalam keadaan biasa. Gambar-gambar lain pula boleh dijual dalam bentuk kad ucapan, poskad, kalendar, cenderamata, inventori, tuntutan insurans dan banyak lagi. Ada juga gambar yang mempunyai nilai berita boleh dijual kepada penerbit akhbar dan televisyen. Selain menjual foto dan cenderamata berfoto, kita juga boleh memuat naik foto ke laman-laman tertentu yang memberikan bayaran untuk setiap gambar kita. Buku kecil ini tidak bermaksud sama sekali bagi mengajar kita merakam foto. Buku ini bukan buku tiptip merakam foto. Sebaliknya buku ini bertujuan bagi memasarkan foto yang pernah kita rakamkan.

Оцени и рецензии

5,0
2 рецензии

Оценете ја е-книгава

Кажете ни што мислите.

Информации за читање

Паметни телефони и таблети
Инсталирајте ја апликацијата Google Play Books за Android и iPad/iPhone. Автоматски се синхронизира со сметката и ви овозможува да читате онлајн или офлајн каде и да сте.
Лаптопи и компјутери
Може да слушате аудиокниги купени од Google Play со користење на веб-прелистувачот на компјутерот.
Е-читачи и други уреди
За да читате на уреди со е-мастило, како што се е-читачите Kobo, ќе треба да преземете датотека и да ја префрлите на уредот. Следете ги деталните упатства во Центарот за помош за префрлање на датотеките на поддржани е-читачи.