Jika kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa yang ada kelebihan dan kekurangan. Gunakan kelebihan itu untuk mengeratkan ukhuwah dan terimalah kekurangan itu sebagai sebahagian daripada fitrah hidup manusia.
***
Tatkala dia berpusing ke hadapan semula, dia kaget. Sekeping kertas yang? terlipat tiba-tiba muncul di atas mejanya.
“Eh, siapa pula yang bagi ni?” katanya sambil melihat sekeliling kelas yang mulai lengang.
Tanpa membuang masa, Shahrul membuka lipatan kertas itu. Dia?tersenyum lebar. Buat pertama kali hari ini, dia berasa sungguh gembira sekali. “Yes, yes, yesss!”