Kehadiran Anggun Danisha di rumah atuknya telah menyebabkan hidup Harith Mishka menjadi porak- peranda. Dia bencikan gadis itu yang merupakan anak musuhnya. Dia merasakan Anggun Danisha seperti minah angau yang terlalu mengejar cinta. Sehingga sanggup menyambung master di universiti tempatnya bekerja demi mengejar cinta seorang lelaki.
Siapa sangka hubungan yang pada mulanya dingin semakin rapat dari hari ke hari. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing.
Tanpa mempedulikan dengan setiap cabaran yang mendatang. Harith Mishka nekad membawa Anggun Danisha kahwin lari di luar negara.
Namun baru sahaja mereka menyulam bahagia, rumah tangga mereka mula diuji. Anggun Danisha semakin keliru. Apatah lagi Harith Mishka sudah mula menunjukkan sikap bengisnya membuatkan cintanya semakin pudar. Wajarkah dia mempertahankan rumah tangganya? Perlukah dia meneruskan cintanya yang kian pudar?