Dating Miss Millionaire

The Chapter Bookstore
5.0
2則評論
電子書
336
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Jelita Adzra merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Jalil dan Puan Sri Adzna. Dia mewarisi keseluruhan kekayaan kedua orang tuanya. Kerana dia merupakan Miss Millionaire... Hidupnya telah diatur dan dikawal sejak kecil. Jelita tak kisah. Dia ikut semuanya tanpa bantahan sehinggalah dia berusia 28 tahun.

“Dengan syarat... J tak nak bodyguard ikut. Cukuplah Zahara saja ikut J ke Bangkok nanti. Kalau daddy...”

“Okay, fine. Boleh.”

Terasa rancangan daddynya berbaur muslihat... Jelita menyuruh Zahara, pembantu peribadinya menyiasat siapa yang bakal mengikuti mereka ke Bangkok. Rupa-rupanya, anak Dato’ Harith yang bernama Zayd Harrison. Malangnya, tiada sebarang informasi tentang Zayd yang diperoleh. Oleh sebab itu, Jelita menyuruh Zahara menyamar sebagai dirinya.

Tak sangka Jelita, rupa-rupanya ada yang tahu tentang penyamarannya itu.

“Fine. Saya akan jawab. Tapi, apa rahsianya, Encik Zhafran?”

“Kenapa awak menyamar jadi Cik Zahara, Cik Jelita Adzra?”

Zhafran Yusof, merupakan adik angkat Zayd. Kedua orang tuanya telah meninggal dunia sewaktu dia masih kecil dan kenangan yang paling manis yang dia simpan ialah sewaktu zaman sekolah rendah. Kenangan itu termasuk cerita cinta pertamanya, Jelita Adzra yang berjaya mencuri hatinya sejak darjah satu.

Konflik mula timbul apabila Rebecca Tan Sri Rashid, seorang yang selalu cari pasal dengan Jelita membuat pertaruhan dengan kawan-kawannya untuk dapatkan Zayd. Geram dengan Rebecca, Jelita merancang untuk menggoda Zayd terlebih dahulu. Akibat itu, penyamarannya berubah.

Menariknya... Jelita tak bertepuk sebelah tangan.

“Hati saya ni bukannya Maybank2u sampai nak kena pakai password. Tak perlu sampai nak jadi penggodam, Zayd.”

“So, engineer pun bolehlah?”

“As long as he is the right person, the heart will unlock itself.”

Masalahnya, adakah Zayd orang yang tepat? Berbaloikah Jelita buat Zayd jatuh cinta padanya... semata-mata untuk menyakiti hati Rebecca?

“Selamat malam, Jel. Don’t forget our date start tomorrow. I’ll pick you up... Be ready, jangan lari. Assalamualaikum.”

Atau... Zhafran akan jadi penyebab hati Jelita yang sekeras tungsten menjadi cair?

Siapa agaknya yang layak dating dengan Miss Millionaire?


評分和評論

5.0
2則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。