Dating Mr. Enemy

The Chapter Bookstore
4,6
11 recensioner
E-bok
440
Sidor
Betyg och recensioner verifieras inte  Läs mer

Om den här e-boken

“Kau tulis apa, Emran Roshan?”

“Yang kakak rasa bersalah sebab tolak lamaran tu dan kakak rindukan dia?” 

Gara-gara mesej itulah, Imdad Haziz muncul kembali setelah enam bulan menghilangkan diri dengan harapan baru. Masalahnya, itu semua hanyalah umpan untuk Imdad balik meraikan perkahwinan adiknya, Imelda Haura. 

Cuak dengan tindakan Imdad yang mahu melamar kawan baiknya, Elena Rosha sekali lagi... Dia terpaksa menipu dan mengatakan Elena sudah pun mempunyai kekasih dan kekasihnya bakal menjadi pengapit di majlis perkahwinannya nanti. 

Dalam proses mencari kekasih palsu, muncul satu perjanjian yang memerlukan Elena berkahwin dengan bosnya sendiri, Afgan Aliyan Goh. Perjanjian perkahwinan itu dibuat oleh Datin Rock, pengerusi Kumpulan Cempaka Holdings yang juga pemilik tadika, tempat Elena bekerja. Masalahnya, Elena tak pernah berjumpa dengan Datin Rock. Pelik dengan perjanjian tersebut, Elena mahu bersemuka dengan Datin Rock! 

“Hesy!!! Kalau saya dapat buktikan yang saya tak terlibat dalam rancangan ni... Encik Afgan kena...”

“Kena apa?”

“Kena jadi pengapit pihak lelaki masa kat kenduri kahwin kawan baik saya!” 

Ternyata, Elena menang dalam taruhan itu. Nak tak nak, Afgan terpaksa terima hakikat yang perjanjian perkahwinan ini sebenarnya bermula daripada dirinya sendiri. Tetapi, perjanjian perkahwinan itu tidak boleh dibatalkan. Sekiranya batal, Afgan tidak boleh menjadi CEO dan jawatan itu akan jatuh kepada sepupunya, Liam Mikhail. Elena pula akan dipecat. 

Kerana Elena sayangkan kerjayanya sebagai cikgu tadika dan Afgan pula tekad untuk menyambung legasi arwah daddynya... Akhirnya, mereka bersetuju dengan cadangan Datin Rock untuk dating selama tiga bulan sebelum membuat keputusan. 

Bermula dengan menjadi pengapit dan kekasih palsu, mereka mula saling mengenali. Kalau dulu musuh, pantang berjumpa selalu bergaduh. Sekarang musuh, pantang tak jumpa mulalah rindu! 

“So, semua orang yang hampir seminggu tak jumpa saya... Semua rindu kat saya. Encik Afgan tak jumpa saya seminggu, rindu saya tak?”

“Saya tak jumpa awak sehari pun dah rindu, Cik Elena. Inikan pula seminggu...” 

Betullah... Jatuh cinta itu sebenarnya musuh bagi orang yang berakal! 

Masalah mula timbul apabila Afgan telah dilantik menjadi CEO sebelum tempoh dating tamat. Keadaan Elena mula kembali seperti biasa. Tiada lagi cinta, rindu dan sayang. Lebih Elena sakit hati apabila perjanjian dating yang dirahsiakan daripada pengetahuan semua orang, terbongkar. Imdad muncul menuntut janji...

“Abang memang kecewa dengan El. Lebih kecewa daripada apa yang Liam nak buat kat abang tu. Tapi, abang akan gantikan kekecewaan itu dengan kebahagiaan. El tunggu ajelah!” 

Apakah kebahagian yang menanti Elena? Adakah lamaran daripada Imdad atau cinta daripada Afgan?

Betyg och recensioner

4,6
11 recensioner

Om författaren

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

Betygsätt e-boken

Berätta vad du tycker.

Läsinformation

Smartphones och surfplattor
Installera appen Google Play Böcker för Android och iPad/iPhone. Appen synkroniseras automatiskt med ditt konto så att du kan läsa online eller offline var du än befinner dig.
Laptops och stationära datorer
Du kan lyssna på ljudböcker som du har köpt på Google Play via webbläsaren på datorn.
Läsplattor och andra enheter
Om du vill läsa boken på enheter med e-bläck, till exempel Kobo-läsplattor, måste du ladda ned en fil och överföra den till enheten. Följ anvisningarna i hjälpcentret om du vill överföra filerna till en kompatibel läsplatta.