Fatwa Palestin

· PTS Islamika
4.6
9 則評論
電子書
192
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

 Kita mungkin tidak luka berdarah kerana bertempur di medan jihad. Namun, jangan biarkan kita dangkal fiqh dan sejarah tanpa sebarang ijtihad.

Isu Palestin, walaupun jauh daripada faktor lokasi, tetapi sangat hampir di hati kita sebagai umat Islam. Bumi Israk Mikraj ini dirampas oleh Yahudi laknatullah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyakiti, membunuh, dan mengebom saudara Islam kita di sana. Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri!

Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin, berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith.

Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan hukum seperti berikut:

Adakah rakyat Palestin boleh menyerah kalah daripada mempertahankan bumi Palestin? Apa hukumnya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang dikuasai oleh Yahudi? Syahidkah pengebom berani mati? Adakah wanita boleh melibatkan diri dalam peperangan? Apakah hukum isteri meminta talak daripada suami yang dipenjarakan? Apakah hukum tawanan yang mogok lapar? Hukum perjanjian damai dengan Israel Hukum menggadai bumi Palestin dan menerima ganti rugi daripada hasil jualan itu Hukum wanita membuka aurat dalam keadaan terpaksa Hukum membocorkan rahsia

評分和評論

4.6
9 則評論

關於作者

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September1926 di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turab. Beliau mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 10 tahun. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menamatkan pendidikan awal sehingga peringkat tertinggi di Maahad Thantha. Selepas lulus, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pelajaran pada 1952. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memperoleh gelaran doktor pada tahun 1972. Di Qatar, beliau menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yang unik dan istimewa. Ini kerana, beliau mempunyai cara dan metodologi khas dalam menyampaikan risalah Islam. Disebabkan metodologi itu, beliau mudah diterima di dunia Barat sebagai seorang pemikir yang menyampaikan Islam secara hikmah, santun, dan seimbang. Kreadibiliti yang hebat menyebabkan beliau sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa di Eropah mahupun Amerika Syarikat sebagai wakil masyarakat Islam.

Dalam pemikiran dan dakwah, usaha jitu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi begitu relevan dalam perkembangan Islam pada masa kini. Karya-karya beliau mencetuskan kebangkitan Islam moden. Terdapat lebih 100 judul buku dalam pelbagai disiplin ilmu Islam yang ditulis oleh beliau. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. 

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。