Fatwa untuk wanita

· PTS Islamika
4.2
10 則評論
電子書
121
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

 Buku ini menghimpunkan beberapa fatwa yang menjawab persoalan penting berkenaan wanita. Dengan berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah, fatwa ini dikeluarkan bagi menjaga maqasid syariah demi kemaslahatan ummah.

Buku ini menjawab persoalan-persoalan berikut:

Adakah suara wanita itu dikira sebagai aurat?Apakah hukum wanita melihat lelaki dan lelaki melihat wanita?Apakah hukum pergaulan antara lelaki dan wanita?Apakah hukum lelaki memberi salam kepada wanita?Apakah hukum wanita menziarahi lelaki dan hukum lelaki menziarahi wanita yang bukan mahram ketika sakit?Apakah hukum bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram?Apakah hukum dan syarat-syarat sekiranya wanita bekerja di luar rumah?

評分和評論

4.2
10 則評論

關於作者

 Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September1926 di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turab. Beliau mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 10 tahun. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menamatkan pendidikan awal sehingga peringkat tertinggi di Maahad Thantha. Selepas lulus, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pelajaran pada 1952. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memperoleh gelaran doktor pada tahun 1972. Di Qatar, beliau menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yang unik dan istimewa. Ini kerana, beliau mempunyai cara dan metodologi khas dalam menyampaikan risalah Islam. Disebabkan metodologi itu, beliau mudah diterima di dunia Barat sebagai seorang pemikir yang menyampaikan Islam secara hikmah, santun, dan seimbang. Kreadibiliti yang hebat menyebabkan beliau sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa di Eropah mahupun Amerika Syarikat sebagai wakil masyarakat Islam.

Dalam pemikiran dan dakwah, usaha jitu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi begitu relevan dalam perkembangan Islam pada masa kini. Karya-karya beliau mencetuskan kebangkitan Islam moden. Terdapat lebih 100 judul buku dalam pelbagai disiplin ilmu Islam yang ditulis oleh beliau. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu. 

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。