Fiqh Keutamaan

· PTS Islamika
4.7
21条评价
电子书
368
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

 Perkara mana yang lebih utama? Menunaikan ibadah haji setiap tahun ataupun menyumbangkan dana tersebut kepada mangsa perang? Memberi makanan kepada fakir miskin ataupun membantu mereka mendapatkan pekerjaan yang tetap? Membantu orang yang dizalimi ataupun menghalang orang yang melakukan kezaliman? Meninggalkan perkara yang dilarang ataupun melaksanakan perkara yang diperintahkan? Menjadi seorang kaya yang bersyukur ataupun miskin yang sentiasa bersabar? Bercampur gaul dengan orang ramai ataupun mengasingkan diri ketika tersebarnya kerosakan? Mengutamakan hafalan semata-mata ataupun berusaha memahami ilmu yang dipelajari? Mengutamakan amalan menggunakan hati ataupun menggunakan anggota badan?

Dalam menjalani ibadah yang pelbagai, kita selalu berdepan dengan pilihan dan keputusan. Ibadah mana yang perlu diberi keutamaan pada tangga pertama dan diberi keistimewaan untuk didahulukan. Apatah lagi perkara tersebut berkaitan hukum hakam, kepentingan individu ataupun masyarakat, amalan kebaikan, pendirian mahupun susunan gerak kerja harian. Semua ini perlu disusun mengikut keutamaan yang betul.

Fiqh Keutamaan karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memberi garis panduan dalam memilih ibadah mana yang perlu didahulukan. Buku ini padat dengan panduan, kajian dan sumber rujukan daripada Al-Quran dan sunnah serta konteks semasa.

评分和评价

4.7
21条评价

作者简介

 Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September1926 di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turab. Beliau mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 10 tahun. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menamatkan pendidikan awal sehingga peringkat tertinggi di Maahad Thantha. Selepas lulus, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pelajaran pada 1952. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memperoleh gelaran doktor pada tahun 1972. Di Qatar, beliau menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yang unik dan istimewa. Ini kerana, beliau mempunyai cara dan metodologi khas dalam menyampaikan risalah Islam. Disebabkan metodologi itu, beliau mudah diterima di dunia Barat sebagai seorang pemikir yang menyampaikan Islam secara hikmah, santun, dan seimbang. Kreadibiliti yang hebat menyebabkan beliau sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa di Eropah mahupun Amerika Syarikat sebagai wakil masyarakat Islam.

 Dalam pemikiran dan dakwah, usaha jitu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi begitu relevan dalam perkembangan Islam pada masa kini. Karya-karya beliau mencetuskan kebangkitan Islam moden. Terdapat lebih 100 judul buku dalam pelbagai disiplin ilmu Islam yang ditulis oleh beliau. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。