PROF. MADYA DR. AHMAD AZAINI ABDUL MANAF
Presiden MYCOMIC
Timbalan Dekan Akademik,
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan
“Melihat kepada kepelbagaian sumber hiburan dan maklumat daripada media sosial, tidak boleh tidak kita perlu mengawal serta menapis akses anak-anak kita terhadapnya. Semoga usaha ini kekal meniadi agenda dalam penerbitan bahan bacaan dan diharapkan bole berkembang juga ke platform animasi!”
ZAHRIN ‘JAKALLL ZAMZURI
Presiden ANIMAS
CEO Jakalll Studio
“Inovasi menyegarkan dalam persembahan komik bercorak humor dan disulami tema yang mengikut arus trend serta budaya terkini. Mampu menambat hati pembaca muda, seterusya mencetus generasi komik baharu.”
MIOR AZHAR MEOR SAID
Presiden PEKOMIK 2018
CEO Sako Comic
sakocomic.com
Froggypapa adalah antara pelukis komik yang aktif. Pernah terlibat dengan pembikinan komik Anak-anak Sidek dan bekerja sebagai animator di beberapa buah syarikat animasi. Kini bertugas sebagai pelukis komik sepenuh masa.
Poyo atau Jefferi bin Abdul Rahman adalah pelukis komik Kecemprengman. Komik ini adalah komik pertama beliau.
Pernah melukis kartun secara sambilan di majalah Mato-mato, Umbut dan Toin-toin!