โAiman! Kamu lihat ini. Buku baru ini sudah buruk! Seperti buku terpakai. Mahal tetapi sudah tidak berguna.โ Buku buruk! Buku terpakai! Buku sudah tidak berguna lagi! Ketiga-tiga perkataan itu berlegar-legar dalam fikirannya. Tanpa sedar, dia mendapat idea daripada insiden itu. โJualan garaj?โ soal pakciknya menerusi talian telefon. โBetul. Saya tidak main-main. Tolong rahsiakan perkara ini daripada ibu dan ayah,โ bisik Aiman di corong telefon โSaya akan pastikan matlamat saya ini tercapai. Tentu seronok,โ โSaya perlu membuktikan kepada ibu dan ayah yang umur bukan halangan bagi saya berniaga,โ luah Aiman sendirian dengan yakin. Misi bermula....