Geng Tadarus Mak Jah

The Chapter Bookstore
5.0
6則評論
電子書
254
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Tak rugilah percintaan putus di tengah jalan… kalau kita reda dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan. Allah akan gantikan kekecewaan kita dengan sesuatu yang kita sendiri tak jangka. 

Memang tak jangka betul lah… gara-gara mak suruh vakum permaidani, ada empat orang mak cik dari geng tadarus mak bertanyakan tentang aku untuk anak mereka. Empat orang tu pula lengkap dengan empat ciri utama dalam Islam untuk mencari calon isteri. Ada yang kaya, ada yang cantik, ada yang datang dari keturunan yang baik-baik dan juga yang beragama. 

Dalam empat calon tersebut, salah satunya, merupakan calon pilihan mak. Sekiranya, aku tak membuat pilihan sehingga berakhirnya bulan Ramadan, mak akan pinangkan calon pilihan dia. 

Masalahnya... belum sempat aku nak buat pilihan, empat calon dah jadi lima calon. Laila, kekasih lama kembali semula. Cabaran untuk membuat pilihan semakin sukar apabila aku bertemu dengan Yara. 

“Okeylah... kalau jatuh kat jalan, mangkit sendiri naaa...” 

“Tapi, kalau jatuh kat cinta... lagu mana pula?” 

Gara-gara Yara, aku menolak semua calon termasuk Laila. Aku dapat rasakan Yara itulah jodoh aku sebenarnya. Tetapi, belum sempat untuk aku tahu siapa Yara dan calon pilihan aku kepada mak... mak terkena serangan jantung. 

“Mak bagi hang klu... hat yang selamatkan mak hang tu... calon menantu mak.” 

Terpaksalah aku lupakan Yara dan memilih calon pilihan mak. Kerana calon pilihan mak tu... telah menyelamatkan mak aku, syurga aku. 

“Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari) 

Tetapi, bahagiakah aku kalau aku reda?

評分和評論

5.0
6則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。