Erti Beragama Yang Hilang

· Iman Publication Sdn Bhd
4.8
41 reviews
Ebook
315
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya?

Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain.

Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman.

***

Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya.

Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya.

Melalui buku Erti Beragama yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami. Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mencepai kenikmatan hidup di akhirat kelak.

Ratings and reviews

4.8
41 reviews
Eifa Nisa
March 7, 2023
alhamdulillah sangat bermanfaat. saya seorang yang perlu faham gambaran keseluruhan sesuatu perkara (big picture). penulis telah memberi gambaran itu dan menjelaskannya dengan tuntas dan mudah difahami. bagi saya, buku ini untuk semua kita, seorang muslim yang ingin Islam itu sebagai pilihan bukan warisan semata. tahniah ustaz. terima kasih ustaz.
Did you find this helpful?
intan balkis
January 28, 2023
pengarang buku dengan aku dilahirkan tahun arnab damai indah berbakti tulus dan ikhlas.menulis mengajar ikuti apa yang tertulis masih belum diikut nyata ia dah tersurat.
Did you find this helpful?
Mardhiyah Zamani
February 8, 2021
best..pengolahan ayat yang santai dan praktikal..sangat menjetik hati bila membaca
3 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak. Lahir pada tahun 1975, beliau pernah menuntut ilmu di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh pada tahun 1988 sehingga 1992. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara. 

Kini, beliau bermastautin di Oulu di Findland Utara dalam rangka menyempurnakan pengajian peringkat Sarjananya di University of Oulu dalam bidang Culture and Arts in Education Entrepreneurship di Oulu University of Applied Sciences (OAMK), Finland. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menambah baik kurikulum dan sistem Pendidikan Negara. 13 orang pakar pelbagai bidang yang menganggotainya telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik. 

Selain kegiatannya yang aktif dalam relung Pendidikan, Ustaz Hasrizal terlebih dahulu masyhur sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com. Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, lebih 19 buah buku telah beliau karang. Beliau aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@minaolenrizal) dan Instagram (@iamhasrizal).

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.