Trilogi Murtad #2: TUHAN

· Murtad Book 2 · Buku Fixi
4.6
45 reviews
Ebook
263
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Buku kedua dalam Trilogi MURTAD

Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka.

Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hidup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya.

Ketakutan membawa Johari bertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. Namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.

Di dunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang ingin menjadi Tuhan!

(Buku Fixi)

Ratings and reviews

4.6
45 reviews
Nabiella Que
June 13, 2015
Membaca buku ini memerlukan imaginasi yang terlampau tinggi dan terdapat banyak penggunaan bahasa yang baru kali pertama aku dengar .seriously otak aku jadi penat membayangkan tapi aku kagum cara hasrul rizwan mengangkat lelaki kurier yang pernah dibunuh adam dan akhil sebagai hero dalam sela masa yang berbeza.rindu aku terubat dihujung cerita akhirnya .!
5 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Shadz Dzulkafli
July 8, 2022
Bila manusia cuba melawan kuasa tuhan.. Walaupun klon sifat manusia seperti dendam, iri hati, cinta dan marah masih ada.. Diakhir novel muncul semula watak Adam dan Akhil..
Did you find this helpful?
Risya Syazani
August 14, 2015
Buku ni memang best!! Nanti keluar kan banyak lagi buku camni.
4 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

Hasrul Rizwan dilahirkan pada awal 80-an di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Sungai Udang, Melaka selama hampir 17 tahun. Pendidikan dan ilmu diserap dari pelbagai sekolah dan institusi pengajian di negeri Melaka, Kedah, Perlis, Selangor, Pulau Pinang dan juga Kelantan. Pada tahun 2006, beliau mengambil keputusan untuk pulang dan menetap di negeri kelahirannya semula setelah tamat pengajian. Mula berjinak- jinak dalam dunia penulisan dengan menulis cerpen di blog. Minatnya yang mendalam mula membuahkan hasil dengan terbitnya novel sulung berjudul MURTAD pada tahun 2012. Dan ianya tak pernah berhenti.

 

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.