Namun, malang tidak berbau. Selepas beberapa pekan mereka berlayar, kapal yang hebat itu hancur dipukul ribut. Baginda sekeluarga serta anak-anak kapal lain terdampar di sebuah pulau. Sementara itu, rakyat jelata yang dimaklumkan berita itu sudah semakin gundah gulana.
Bagaimana mereka meneruskan kehidupan di pulau yang asing bagi mereka? Adakah keluarga diraja serta anak-anak kapal itu berjaya diselamatkan?