Isabella

· PTS Litera Utama
4,4
42 ulasan
eBook
208
Halaman
Rating dan ulasan tidak diverifikasi  Pelajari Lebih Lanjut

Tentang eBook ini

Ini adalah bahagian pertama menceritakan kisah kehidupan Isabella sejak dilahirkan sehingga menjadi ratu.

Isabella dilahirkan dalam istana dengan penuh kemewahan, hidupnya mula berubah setelah kematian ayahnya. Beliau dianiaya oleh abang tirinya yang tamakan kuasa. Keadaan Isabella menjadi lebih sengsara apabila ibunya mengidap sakit mental. Isabella terpaksa hidup di bawah pengawasan abang tirinya yang kejam. Isabella hampir menjadi mangsa perkahwinan politik yang diatur abang tirinya. Akhirnya Isabella berkahwin dengan Ferdinand putera Aragon, bintangnya cerah sehingga berjaya menjadi ratu.

Bahagian kedua nanti akan menceritakan pula bagaimana seorang perempuan yang pada masa kecilnya hidup menderita, bersikap lemah lembut dan penyayang boleh bertukar watak menjadi kejam dengan memaksa orang Islam menukar agama, dihalau keluar dari Sepanyol malah ramai yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup sehingga pada zamannya tidak ada lagi umat Islam di Andalus...

Rating dan ulasan

4,4
42 ulasan

Tentang pengarang

 Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Beri rating eBook ini

Sampaikan pendapat Anda.

Informasi bacaan

Smartphone dan tablet
Instal aplikasi Google Play Buku untuk Android dan iPad/iPhone. Aplikasi akan disinkronkan secara otomatis dengan akun Anda dan dapat diakses secara online maupun offline di mana saja.
Laptop dan komputer
Anda dapat mendengarkan buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan browser web komputer.
eReader dan perangkat lainnya
Untuk membaca di perangkat e-ink seperti Kobo eReaders, Anda perlu mendownload file dan mentransfernya ke perangkat Anda. Ikuti petunjuk Pusat bantuan yang mendetail untuk mentransfer file ke eReaders yang didukung.