reportVurderinger og anmeldelser blir ikke kontrollert Finn ut mer
Om denne e-boken
Majalah Jom! kembali menemui anda dengan isu lebih berani, lebih ganas, lebih menyerlah; ‘GST: Geng Suka Tanya’!
Ya, jika anda menatap muka depannya, memang lain daripada yang lain. OK, mungkin bukan itu yang anda pandang, tetapi apa yang terkandung di dalamnya bukan? Hehe. Seperti biasa, Majalah Jom! mengupas hadis seterusnya di dalam kitab Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi iaitu hadis kesembilan.
“Hadis ini tentang apa pula Kak Editor yang tak berapa ohsem?” tanya anda tak sabar.
Baiklah. Untuk pengetahuan anda semua yang saya kasihi, hadis ini menegaskan tentang tiga perkara iaitu: Apa yang Rasulullah S.A.W suruh perlulah dilakukan mengikut kemampuan diri.Apa yang Rasulullah S.A.W larang perlulah ditinggalkan tanpa sebarang alasan.Janganlah bertanya perkara yang hanya menyusahkan dan membawa perselisihan.Untuk poin 1 dan 2, ia agak sudah biasa kita dengar. Poin ketiga ini bagaimanapun leih menarik. Ia jarang dikupas, namun amat penting untuk difahami.
Pasti ada antara anda yang berkata, “Kalau begitu, tidak boleh bertanya langsung ke?” sambil menggaru kepala yang agak gatal. Jangan risau. Persoalan itu antara lain akan dijawab di dalam kupasan kali ini insya-Allah. Senyum.
Antara yang menarik di dalam isu kali ini termasuklah tulisan Ustazah Maznah Daud yang mengupas hadis kesembilan di dalam artikel beliau, Umat Yang Beramal, Bukan Petah Menyoal. Selain itu, kupasan daripada Dr Kamaru Salam Yusof di dalam artikelnya Jangan Banyak Soal! juga sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda tentang hadis ini. Pak Utih pula seperti biasa menghiburkan dengan tulisan yang ditujukan khas buat mereka yang sudah berumah tangga, Suami Relaks, Isteri Stres. Ditambah pula artikel bertajuk Kerana Sebuah Pagar, sebuah karya daripada Saudari Aimal Syauqiyah yang membuat penampilan sulung di dalam Majalah ini. Dan pastinya tidak ketinggalan, Saudari Umairah, Editor Majalah Jom! yang menulis artikel Untungnya Bertanya!.
Insya-Allah, majalah kecil ini pasti ada sesuatu untuk anda. Tidak percaya? Cubalah baca dahulu. Jom baca Jom!
Serier
Vurderinger og anmeldelser
5,0
2 anmeldelser
5
4
3
2
1
Vurder denne e-boken
Fortell oss hva du mener.
Hvordan lese innhold
Smarttelefoner og nettbrett
Installer Google Play Bøker-appen for Android og iPad/iPhone. Den synkroniseres automatisk med kontoen din og lar deg lese både med og uten nett – uansett hvor du er.
Datamaskiner
Du kan lytte til lydbøker du har kjøpt på Google Play, i nettleseren på datamaskinen din.
Lesebrett og andre enheter
For å lese på lesebrett som Kobo eReader må du laste ned en fil og overføre den til enheten din. Følg den detaljerte veiledningen i brukerstøtten for å overføre filene til støttede lesebrett.