Isu 41 - GST: Geng Suka Tanya

· Majalah Jom! Część 41 · Deen Prints
5,0
2 opinie
E-book
96
Strony
Oceny i opinie nie są weryfikowane. Więcej informacji

Informacje o e-booku

Majalah Jom! kembali menemui anda dengan isu lebih berani, lebih ganas, lebih menyerlah; ‘GST: Geng Suka Tanya’!

Ya, jika anda menatap muka depannya, memang lain daripada yang lain. OK, mungkin bukan itu yang anda pandang, tetapi apa yang terkandung di dalamnya bukan? Hehe. Seperti biasa, Majalah Jom! mengupas hadis seterusnya di dalam kitab Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi iaitu hadis kesembilan. 

Hadis ini tentang apa pula Kak Editor yang tak berapa ohsem?” tanya anda tak sabar. 

Baiklah. Untuk pengetahuan anda semua yang saya kasihi, hadis ini menegaskan tentang tiga perkara iaitu:
Apa yang Rasulullah S.A.W suruh perlulah dilakukan mengikut kemampuan diri.Apa yang Rasulullah S.A.W larang perlulah ditinggalkan tanpa sebarang alasan.Janganlah bertanya perkara yang hanya menyusahkan dan membawa perselisihan.Untuk poin 1 dan 2, ia agak sudah biasa kita dengar. Poin ketiga ini bagaimanapun leih menarik. Ia jarang dikupas, namun amat penting untuk difahami. 

Pasti ada antara anda yang berkata, “Kalau begitu, tidak boleh bertanya langsung ke?” sambil menggaru kepala yang agak gatal. Jangan risau. Persoalan itu antara lain akan dijawab di dalam kupasan kali ini insya-Allah. Senyum.

Antara yang menarik di dalam isu kali ini termasuklah tulisan Ustazah Maznah Daud yang mengupas hadis kesembilan di dalam artikel beliau, Umat Yang Beramal, Bukan Petah Menyoal. Selain itu, kupasan daripada Dr Kamaru Salam Yusof di dalam artikelnya Jangan Banyak Soal! juga sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan kepada anda tentang hadis ini. Pak Utih pula seperti biasa menghiburkan dengan tulisan yang ditujukan khas buat mereka yang sudah berumah tangga, Suami Relaks, Isteri Stres. Ditambah pula artikel bertajuk Kerana Sebuah Pagar, sebuah karya daripada Saudari Aimal Syauqiyah yang membuat penampilan sulung di dalam Majalah ini. Dan pastinya tidak ketinggalan, Saudari Umairah, Editor Majalah Jom! yang menulis artikel Untungnya Bertanya!.

Insya-Allah, majalah kecil ini pasti ada sesuatu untuk anda. Tidak percaya? Cubalah baca dahulu. Jom baca Jom! 

Oceny i opinie

5,0
2 opinie

Oceń tego e-booka

Podziel się z nami swoją opinią.

Informacje o czytaniu

Smartfony i tablety
Zainstaluj aplikację Książki Google Play na AndroidaiPada/iPhone'a. Synchronizuje się ona automatycznie z kontem i pozwala na czytanie w dowolnym miejscu, w trybie online i offline.
Laptopy i komputery
Audiobooków kupionych w Google Play możesz słuchać w przeglądarce internetowej na komputerze.
Czytniki e-booków i inne urządzenia
Aby czytać na e-papierze, na czytnikach takich jak Kobo, musisz pobrać plik i przesłać go na swoje urządzenie. Aby przesłać pliki na obsługiwany czytnik, postępuj zgodnie ze szczegółowymi instrukcjami z Centrum pomocy.