Beberapa ketika kemudian, bas bergerak semakin perlahan. Ketika itulah Ida Farzana melihat satu papan tanda yang cukup dikenalinya.
“Eh, sudah sampai rupanya. Mujur aku ternampak papan tanda itu,” bisik hati Ida Farzana, lalu turun dari bas dengan kadar segera.
Ida Farzana menggagahkan kaki melangkah pulang biarpun badannya sungguh penat. Namun, dia berasa tidak sedap hati. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian barulah dia perasan bahawa Syazwan tidak ada bersamanya.
“Alamak, Syazwan!” teriak Ida Farzana. Tanpa di-sengajakan, dia telah meninggalkan adiknya yang masih terlena di dalam bas. Ida Farzana mulai menggelabah apabila melihat bas sudah pun bergerak meninggalkan perhentian bas berkenaan.
“Ya Allah! Apa yang harus aku buat sekarang?” soal Ida Farzana pada dirinya sendiri.