Julia adalah seorang gadis yang sudah hampir melewati usia tiga dekad. Disebabkan rasa panik, dia terbuka untuk dicarikan jodoh. Cadangan jodoh pertama adalah seorang doktor bernama Ridzuan. Cadangan jodoh kedua adalah seorang pensyarah dalam bidang pengajian Islam bernama Razif manakala cadangan jodoh ketiga adalah Fazli, seorang eksekutif di syarikat minyak multinasional. Semuanya serba tidak kena. Apa kisah di sebaliknya? Adakah Julia akan bertemu jodoh akhirnya?