Kasih Pun Bersatu

Enigmagis Press
電子書
844
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Lanjutan...dan Mimpi Pun Bersatu menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul menuntut janji, merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan,  muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan.  Ayrin lupa siapa dirinya. Zarul hanyut dalam delusi. Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu....

關於作者

Selain menggunakan nama pena Izza Aripin, saya turut menggunakan nama pena Hani Ismail bagi penulisan novel awal remaja/kanak-kanak. Di bawah PTS One dan PTS Profesional, saya telah melahirkan empat novel iaitu Siri Satu Akademi Gemilang: Pengembaraan Suzaimi (2007), Siri Dua Akademi Gemilang: Jejak Kuasa Alam (2007), Mufin Manja (2009) dan Siri Tiga Akademi Gemilang: Kunci Dimensi (2010).

Memikirkan mengenai masa depan dalam bidang penulisan perlu diberikan perhatian yang lebih serius, saya berhijrah ke Alaf21 dan terbitlah novel ke-12 yang berjudul Srikandi vs Arjuna (2011). Novel ke-13 saya berjudul Tolong Pikat Hatinya telah berada di pasaran semenjak Disember 2012, disusuli oleh Cinta Dorayaki (Julai 2013). Pada 2016, saya berkolaborasi dengan empat penulis wanita bagi menghasilkan sebuah naskhah antologi berjudul Bunuhan. Dalam antologi tersebut, saya mempertaruhkan cereka aksi bertajuk Jejak Hantu.

Kini saya kembali aktif menulis dan menggunakan nama pena Izza Hani Ismail untuk genre fantasi urban, iaitu Skypirate dalam antologi Hatiku Dicuri Lanun (2014), Vampira: Hidupkan Cintaku (2015), Morp-Heus (2020) dan terbaharu Halusinasi (2023).

Morp-heus dan Halusinasi merupakan spin-off Siri Akademi Gemilang.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。