Keimanan Adalah Paksi

ยท PTS Millennia
5,0
5 แƒ›แƒ˜แƒ›แƒแƒฎแƒ˜แƒšแƒ•แƒ
แƒ”แƒšแƒฌแƒ˜แƒ’แƒœแƒ˜
400
แƒ’แƒ•แƒ”แƒ แƒ“แƒ˜
แƒ แƒ”แƒ˜แƒขแƒ˜แƒœแƒ’แƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ“แƒ แƒ›แƒ˜แƒ›แƒแƒฎแƒ˜แƒšแƒ•แƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ“แƒแƒฃแƒ“แƒแƒกแƒขแƒฃแƒ แƒ”แƒ‘แƒ”แƒšแƒ˜แƒ ย แƒจแƒ”แƒ˜แƒขแƒงแƒ•แƒ”แƒ— แƒ›แƒ”แƒขแƒ˜

แƒแƒ› แƒ”แƒšแƒฌแƒ˜แƒ’แƒœแƒ˜แƒก แƒจแƒ”แƒกแƒแƒฎแƒ”แƒ‘

ย Mengapa tema iman menjadi pilihan?

Kerana keimanan adalah paksi kepada seorang yang beragama Islam. Tiada warden di rumah untuk menyebat kita sekiranya kita lewat solat. Melainkan keimanan kita menggerakkan kita untuk berdisiplin menunaikannya. Tiada siapa mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., melainkan iman kita yang bergetar dan merasa amat yakin betapa Allah s.w.t. sedang melihat kita. Tiada siapa mampu menunjukkan kepada kita syurga Allah s.w.t. yang dijanjikan jikalau kita bersabar, jikalau kita memikul beban dakwah, dan sebagainya. Tetapi, imanlah yang membuatkan kita yakin seakan-akan kita pernah melihatnya. Ya, begitulah juga dalam banyak situasi yang lain, iman memainkan peranan.

Iman ibarat matahari, yang menjadi paksi kepada bima sakti, yang menjadi pusat kepada orbit planet-planet, yang menjadi sumber tenaga dan punca kehidupan di Bumi. Tanpa keimanan, jiwa kita akan gelap dan tidak mempunyai arah yang benar. Terganggu keimanan, maka akan ada masalah pada aktiviti hidup kita sebagai seorang Muslim.

แƒจแƒ”แƒคแƒแƒกแƒ”แƒ‘แƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ“แƒ แƒ›แƒ˜แƒ›แƒแƒฎแƒ˜แƒšแƒ•แƒ”แƒ‘แƒ˜

5,0
5 แƒ›แƒ˜แƒ›แƒแƒฎแƒ˜แƒšแƒ•แƒ

แƒแƒ•แƒขแƒแƒ แƒ˜แƒก แƒจแƒ”แƒกแƒแƒฎแƒ”แƒ‘

Hilal Asyraf

Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak, atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, sudah menghasilkan 15 karya pelbagai genre. Buku beliau merangkumi karya motivasi, novel, kumpulan cerpen, dan kumpulan puisi.

Tidak sekadar aktif menulis, beliau juga aktif dalam memberikan penyampaian berbentuk ceramah dan tazkirah. Beliau juga aktif dalam mengendalikan kem motivasi, bengkel penulisan, dan begkel pengurusan blog.

Beliau adalah pengasas laman sesawang popular, LangitIlahi.com, bertemakan Mari Menjadi Hamba. Beliau turut dikenali dan diikuti oleh ramai pembaca di Facebook dengan subscribers mencapai puluhan ribu orang.

Abu Umar

Nama sebenar beliau Azmi bin Bahari. Seorang guru sepenuh masa dan secara separuh masa aktif dalam aktiviti-aktiviti motivasi dan training melalui RMC Training Centre dan HALUAN. Beliau juga memenuhi jemputan ceramah di sekolah, institut pengajian tinggi, jabatan-jabatan kerajaan, serta syarikat swasta. Beliau juga aktif dalam penyediaan modul-modul untuk remaja dan keluarga. Beliau berasal dari Batu Kurau. Kini, beliau menetap di Perlis. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai empat orang cahaya mata.


Abu Ridhwan

Nama sebenar beliau Razali bin Maarof. Beliau kini bertugas di Kolej Teknologi Darul Naim. Beliau adalah seorang krew sepenuh masa LangitIlahi.Com. Beliau adalah graduan daripada UiTM dalam bidang pengurusan. Pernah bertugas di Mydin, Anis Pharmacy, Berkat Istiqamah, dan ProCAST Consultancy. Beliau sering memberikan ceramah motivasi belajar di sekolah-sekolah dan institut pengajian tinggi dan swasta. Beliau juga sering dijemput mengendalikan pelbagai kursus seperti bengkel dakwah, kepimpinan, komunikasi, pengucapan awam, kerjasama berpasukan, organisasi, dan pelbagai lagi. Pernah menyertai pelbagai misi kemanusiaan, antaranya Misi Kemanusiaan Tsunami Acheh, Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Yogjakarta, Misi Bantuanย 

Banjir Johor dan Pahang, dan Misi Dakwah Kemboja.

Afdholul Rahman

Afdholul Rahman bin Che Ani. Seorang krew sepenuh masa di LangitIlahi.Com. Beliau lahir pada 3 Oktober 1991. Beliau menetap di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Pada peringkat menengah, beliau bersekolah di Maโ€™had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis. Beliau pernah mengendali dan melaksanakan program-program motivasi, perkhemahan remaja, dan seminar-seminar bersama beberapa badan NGO. Kini, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi dan perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Bro Hamzah

Nama sebenar beliau Ali Irfan bin Jamaluddin. Seorang krew sepenuh masa LangitIlahi.Com. Beliau pernah bekerja di Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan sebagai seorang pensyarah dan eksekutif korporat. Beliau turut terlibat secara aktif dalam program-program pembangunan diri, motivasi dan jati diri remaja bersama badan-badan NGO, dan syarikat-syarikat consultant training seperti RMC Training Centre, Puncak Himmah Consultant, dan sebagainya. Beliau aktif menjalankan kem-kem motivasi untuk sekolah-sekolah, institut pengajian tinggi, badan-badan kerajaan, serta badan bukan kerajaan NGO. Beliau juga sering dijemput untuk ceramah-ceramah motivasi dan ceramah-ceramah bersempena maal hijrah, Israk Mikraj, penghayatan Ramadhan, kepimpinan, dan lain-lain.

แƒจแƒ”แƒแƒคแƒแƒกแƒ”แƒ— แƒ”แƒก แƒ”แƒšแƒฌแƒ˜แƒ’แƒœแƒ˜

แƒ’แƒ•แƒ˜แƒ—แƒฎแƒแƒ แƒ˜แƒ— แƒ—แƒฅแƒ•แƒ”แƒœแƒ˜ แƒแƒ–แƒ แƒ˜.

แƒ˜แƒœแƒคแƒแƒ แƒ›แƒแƒชแƒ˜แƒ แƒฌแƒแƒ™แƒ˜แƒ—แƒฎแƒ•แƒแƒกแƒ—แƒแƒœ แƒ“แƒแƒ™แƒแƒ•แƒจแƒ˜แƒ แƒ”แƒ‘แƒ˜แƒ—

แƒกแƒ›แƒแƒ แƒขแƒคแƒแƒœแƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ“แƒ แƒขแƒแƒ‘แƒšแƒ”แƒขแƒ”แƒ‘แƒ˜
แƒ“แƒแƒแƒ˜แƒœแƒกแƒขแƒแƒšแƒ˜แƒ แƒ”แƒ— Google Play Books แƒแƒžแƒ˜ Android แƒ“แƒ iPad/iPhone แƒ›แƒแƒฌแƒงแƒแƒ‘แƒ˜แƒšแƒแƒ‘แƒ”แƒ‘แƒ˜แƒกแƒ—แƒ•แƒ˜แƒก. แƒ˜แƒก แƒแƒ•แƒขแƒแƒ›แƒแƒขแƒฃแƒ แƒแƒ“ แƒ’แƒแƒœแƒแƒฎแƒแƒ แƒชแƒ˜แƒ”แƒšแƒ”แƒ‘แƒก แƒกแƒ˜แƒœแƒฅแƒ แƒแƒœแƒ˜แƒ–แƒแƒชแƒ˜แƒแƒก แƒ—แƒฅแƒ•แƒ”แƒœแƒก แƒแƒœแƒ’แƒแƒ แƒ˜แƒจแƒ—แƒแƒœ แƒ“แƒ แƒกแƒแƒจแƒฃแƒแƒšแƒ”แƒ‘แƒแƒก แƒ›แƒแƒ’แƒชแƒ”แƒ›แƒ—, แƒฌแƒแƒ˜แƒ™แƒ˜แƒ—แƒฎแƒแƒ— แƒกแƒแƒกแƒฃแƒ แƒ•แƒ”แƒšแƒ˜ แƒ™แƒแƒœแƒขแƒ”แƒœแƒขแƒ˜ แƒœแƒ”แƒ‘แƒ˜แƒกแƒ›แƒ˜แƒ”แƒ  แƒแƒ“แƒ’แƒ˜แƒšแƒแƒก, แƒ แƒแƒ’แƒแƒ แƒช แƒแƒœแƒšแƒแƒ˜แƒœ, แƒ˜แƒกแƒ” แƒฎแƒแƒ–แƒ’แƒแƒ แƒ”แƒจแƒ” แƒ แƒ”แƒŸแƒ˜แƒ›แƒจแƒ˜.
แƒšแƒ”แƒžแƒขแƒแƒžแƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ“แƒ แƒ™แƒแƒ›แƒžแƒ˜แƒฃแƒขแƒ”แƒ แƒ”แƒ‘แƒ˜
Google Play-แƒจแƒ˜ แƒจแƒ”แƒซแƒ”แƒœแƒ˜แƒšแƒ˜ แƒแƒฃแƒ“แƒ˜แƒแƒฌแƒ˜แƒ’แƒœแƒ”แƒ‘แƒ˜แƒก แƒ›แƒแƒกแƒ›แƒ”แƒœแƒ แƒ—แƒฅแƒ•แƒ”แƒœแƒ˜ แƒ™แƒแƒ›แƒžแƒ˜แƒฃแƒขแƒ”แƒ แƒ˜แƒก แƒ•แƒ”แƒ‘-แƒ‘แƒ แƒแƒฃแƒ–แƒ”แƒ แƒ˜แƒก แƒ’แƒแƒ›แƒแƒงแƒ”แƒœแƒ”แƒ‘แƒ˜แƒ— แƒจแƒ”แƒ’แƒ˜แƒซแƒšแƒ˜แƒแƒ—.
แƒ”แƒšแƒฌแƒแƒ›แƒ™แƒ˜แƒ—แƒฎแƒ•แƒ”แƒšแƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ“แƒ แƒกแƒฎแƒ•แƒ แƒ›แƒแƒฌแƒงแƒแƒ‘แƒ˜แƒšแƒแƒ‘แƒ”แƒ‘แƒ˜
แƒ”แƒšแƒ”แƒฅแƒขแƒ แƒแƒœแƒฃแƒšแƒ˜ แƒ›แƒ”แƒšแƒœแƒ˜แƒก แƒ›แƒแƒฌแƒงแƒแƒ‘แƒ˜แƒšแƒแƒ‘แƒ”แƒ‘แƒ–แƒ” แƒฌแƒแƒกแƒแƒ™แƒ˜แƒ—แƒฎแƒแƒ“, แƒ แƒแƒ’แƒแƒ แƒ˜แƒชแƒแƒ Kobo eReaders, แƒ—แƒฅแƒ•แƒ”แƒœ แƒฃแƒœแƒ“แƒ แƒฉแƒแƒ›แƒแƒขแƒ•แƒ˜แƒ แƒ—แƒแƒ— แƒคแƒแƒ˜แƒšแƒ˜ แƒ“แƒ แƒ’แƒแƒ“แƒแƒ˜แƒขแƒแƒœแƒแƒ— แƒ˜แƒ’แƒ˜ แƒ—แƒฅแƒ•แƒ”แƒœแƒก แƒ›แƒแƒฌแƒงแƒแƒ‘แƒ˜แƒšแƒแƒ‘แƒแƒจแƒ˜. แƒ“แƒแƒฎแƒ›แƒแƒ แƒ”แƒ‘แƒ˜แƒก แƒชแƒ”แƒœแƒขแƒ แƒ˜แƒก แƒ“แƒ”แƒขแƒแƒšแƒฃแƒ แƒ˜ แƒ˜แƒœแƒกแƒขแƒ แƒฃแƒฅแƒชแƒ˜แƒ”แƒ‘แƒ˜แƒก แƒ›แƒ˜แƒฎแƒ”แƒ“แƒ•แƒ˜แƒ— แƒ’แƒแƒ“แƒแƒ˜แƒขแƒแƒœแƒ”แƒ— แƒคแƒแƒ˜แƒšแƒ”แƒ‘แƒ˜ แƒ›แƒฎแƒแƒ แƒ“แƒแƒญแƒ”แƒ แƒ˜แƒš แƒ”แƒšแƒฌแƒแƒ›แƒ™แƒ˜แƒ—แƒฎแƒ•แƒ”แƒšแƒ”แƒ‘แƒ–แƒ”.