ย Dipanggil temu duga semata-mata untuk mendengar perkataan โAnda tidak berjayaโ? Sesiapa pun pasti akan marah. Kalau boleh, kerusi meja mahu diterbalikkan!
โHuh, jangan sombong! Encik jugak tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua. Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yang nak terima encik jadi menantu. Tak pun, terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati! - Safi Awadah
Namun, takdir tetap menemukan dan mereka terpaksa bekerjasama. Dalam menyampah, peliknya Safi Awadah boleh angau dengan Idan Jauhari! Tidak kisah langsung walau lelaki itu ego, beku dan hampir hendak sama dengan plywood kayu-kayan!