Waktu berlalu pergi. Aku melangkah ke alam dewasa. Tetapi ada sesuatu yang tidak boleh aku tinggalkan. Aku tetap terpengaruh dengan kisah-kisah dongeng ini. Kononnya, di luar sana ada seorang putera idaman yang akan menambat hatiku suatu hari nanti. Aku percaya ada seorang putera yang akan tertawan kepadaku lalu membawaku ke mahligai kebahagiaan. Sungguhpun aku tidak mempunyai paras yang jelita seperti puteri-puteri itu, tetapi aku memiliki sesuatu iaitu cinta yang suci.