ADAM yang dianggotai sekumpulan manusia berkeupayaan luarbiasa dan sebuah android bernama Adiwaja menjadi harapan untuk menjaga keamanan negara. Namun, Unit Luk 7 mengesyaki terdapat dalang dalam anggota ADAM yang juga terlibat dalam gerakan subversif itu.
Selepas Datuk Dharma – jutawan yang membangunkan teknologi android Adiwaja itu — terbunuh, Unit Luk 7 mengarahkan Isyak untuk menyiasat. Semakin lama dia menyiasat, semakin banyak rahsia silam terbongkar.
Hanya ada satu kata: LAWAN.
(Buku Fixi)
Ini merupakan novel Fixi kedua untuk Khairul Nizam Khairani setelah GERGASI. Ia bukan sambungan tapi tetap ada gergasi!