Laksamana Cheng Ho

PTS Litera Utama
4.8
12則評論
電子書
273
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

 Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika. Ini bererti armada China ‘menemui’ Amerika 70 tahun lebih awal daripada tokoh Eropah terkenal Christopher Columbus. Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies. Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World. Lebih kurang 600 tahun sebelum ucapan Gavin Menzies itu, iaitu pada tahun 1381 seorang budak berumur 11 tahun telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan. Yunnan adalah sebuah kubu kuat puak yang penyokong tentera Mongol. Sudah menjadi amalan kerajaan China pada masa itu, kanak-kanak yang ditawan akan dikembiri sebelum dijadikan pembantu kepada putera serta dayang dan kerabat diraja di istana maharaja. Semenjak dari hari itu, bermulalah kehidupan kanak-kanak itu sebagai seorang yang dikembiri atau diistilahkan sebagai sida. Nama kanak-kanak itu ialah Ma Ho atau Ma Sanbao. Sesungguhnya Tuhan itu sangat adil, kerana walau pun terpaksa menjalani yang berbeza dari lelaki yang normal, Ma Ho telah ditakdirkan menjadi salah seorang pelaut, navigator, laksamana, diplomat serta duta kerajaan Ming yang paling berkuasa pada masa itu. Dari seorang budak kampung yang dilahirkan di sebuah kampung di pedalaman Yunnan, Ma Ho dibawa ke istana maharaja dan menjadi seorang yang terkenal dan sangat dikenang jasanya sehingga ke hari ini. Sesudah dilantik menjadi laksamana, beliau diberi gelaran Cheng Ho. Di kalangan masyarakat Inggeris namanya lebih dikenali sebagai Zheng He.

評分和評論

4.8
12則評論

關於作者

 Dari catatan rekod nan berautoriti, Imran Yusuf dilahirkan di sebuah kampung kecil di tepi Sungai Kelantan. Di negeri itu jugalah beliau berkubang di sawah sambil belajar menangkap ikan puyu dan haruan. Pernah juga mandi di parit dan tali air, malah pada suatu hari hampir sahaja mati lemas dalam sebuah parit, sekiranya tidak diselamatkan oleh seorang rakan.

Walau pun pernah menyantuni ilmu secara formal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja, namun pengalaman serta pancaroba hidup lebih meninggalkan bekas dalam diri beliau.

Beliau tidak menyangka dapat berkelana ke United Kingdom dari 1977-1982, sambil berkenalan dengan rakan pelajar di Newark Technical College, Nottingkamshire dan Hatfield Polytechnic (Kini Hertfordshire University) sehingga pulang menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.

Dalam bidang penulisan, penterjemahan dan kemahiran hidup bisnes, beliau ialah salah seorang daripada ratusan mentee Puan Ainon Mohd., Chairman PTS.

Pengalaman kerja dalam bidang maritim dan teknologi maklumat di tanah air serta hasil pemerhatian budaya dan sosial masyarakat di pentas dunia seperti di Sudan, Turki, Australia, United Kingdom, Belanda, Thailand, Indonesia dan Denmark, telah beliau jadikan rempah ratus resipi yang berperisa dalam karya. Beliau berpendapat minat terhadap perkembangan politik global serta hobi menyantuni kucing, orkid serta pelbagai flora dan fauna ciptaan Allah memberi makna tambahan dalam hidup.

Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang).

Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.

Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).

Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).

Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).

Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan The Art of Closing The Sale (2009).

Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。