Leftenan Adnan, wira bangsa

· PTS Litera Utama
4.5
70 ulasan
e-Buku
347
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban.
Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya penulis novel sejarah prolifik Abdul Latip Talib, memaparkan kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura serta keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.

Rating dan ulasan

4.5
70 ulasan
Hashim Rostam
11 Ogos 2015
Saya adalah bekas anggota Regt askar Melayu Diraja. Antara tahun 1965 - 1987. Penghujong Konfrantasi dan akhir melawan Kominis waktu itu .lagenbda Lt.Adnan lah memberi semangat utk kami berjuang masa itu.
9 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
Aliff Haiqal
15 April 2015
Leftenan Adnan wira MALAYSIA.AL-FATIHAH KPADA BELIAU..
3 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
ummu atiqah
12 Julai 2017
Sedekah Al fatihah kepada Leftenan adnan..Amin
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perihal pengarang

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel.

Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. 

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.