Ketika perbicaraan sedang
dijalankan, ramai wartawan terkejut bila ternampak siong tersembul
keluar daripada mulut mereka berdua.
“Ini
bukan plastic surgery, sayang,” kata perempuan Indonesia itu kepada
salah satu wartawan. Apa saja yang keluar daripada mulutnya akan
dicatat dan disiarkan dalam akhbar. Keesokan harinya, ayat Ini
Bukan Plastic Surgery, Sayang
menjadi tajuk besar Harian
Metro.
(Buku Fixi)
M Faiz Syahmi menulis kerana percaya selain arsitektur, penulisan adalah sebahagian dari jiwanya. Graduan Diploma Arsitektur di sebuah kolej swasta yang terkenal dengan lagu promosinya ini pernah menerbitkan beberapa judul antologi dan sebuah novelet di dalam dunia penerbitan alternatif. Siong pula merupakan novel 'duet'nya yang pertama.
Neesa Jamal berusia 27 tahun. Pernah bercita-cita untuk menjadi penari ballet. Tapi sekarang dah jadi makwe pejabat dan kerja dalam ekon hari-hari. Dulu dia tak suka kerjaya penulis, sebab menulis tak boleh jadikan dia kaya. Tapi tengoklah dia harini, dah jadi co-writer konon. Selepas cuba hempas pulas siapkan Siong baru dia sedar yang menulis bukan kerja mudah.