Kita sedia maklum, bahawa setiap sesuatu dimensi pasti mempunyai pintu masuk dan keluar yang menjadi sempadan di antara dua ruang.
Contoh yang mudah, rumah kita sudah pasti mempunyai pintu yang memisahkan ruang dalam dan ruang luar.
Sekiranya kita menguasai atau berkawal di hadapan pintu rumah kita. Kita akan mudah untuk mengenal pasti siapa yang keluar masuk ke rumah kita.
Begitu juga dengan langit dan bumi, sudah pasti ia mempunyai pintu. Barang siapa yang mengawal atau berkuasa ke atas pintu ini, mudah untuk ia mengenal pasti “musuhnya” sekaligus menguasai dunia.
Tetapi, yang menjadi persoalannya DIMANA pintu langit dunia?