Magna Sayap Hitam

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
電子書
312
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

 

  Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya. 

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan... 

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?


關於作者

Iwan Reaz merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi berita. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini, sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis lain. Antara buku yang ditulis ialah  Melodi Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan. Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam,  Somniphobia dan yang terbaharu kumpulan cerpen Misteri Video Viral. Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。