Marco Polo

ยท PTS Publishing House Sdn. Bhd.
4.9
7 ื‘ื™ืงื•ืจื•ืช
ืกืคืจ ื“ื™ื’ื™ื˜ืœื™
280
ื“ืคื™ื
ื”ื‘ื™ืงื•ืจื•ืช ื•ื”ื“ื™ืจื•ื’ื™ื ืœื ืžืื•ืžืชื™ืย ืžื™ื“ืข ื ื•ืกืฃ

ืžื™ื“ืข ืขืœ ื”ืกืคืจ ื”ื“ื™ื’ื™ื˜ืœื™ ื”ื–ื”

ย Marcoย Poloย adalah seorang pengembara yang paling terkenal kerana kisah perjalanannya ke China. Ketika Eropah sedang berada di zaman gelap,ย Marcoย Poloย mencabar dirinya untuk keluar dari Venice dan menjelajah dunia.

Ketika itu, Eropah masih belum mengenali China.ย Marcoย Poloย mengetepikan semua keraguan dengan mengembara sejauh kira-kira 7,000 kilometer ke timur semata-mata kerana dorongan ingin tahu.

Selepas 24 tahun berada di perantauan, akhirnyaย Marcoย Poloย pulang ke Venice dengan membawa pengalaman yang dimuatkan dalam catatan kembaranya,ย The Travels ofย Marcoย Polo.

Catatan itu telah membuka laluan kepada dunia Eropah untuk mengenali China dan juga Asia Tengah. Kejayaanย Marcoย Poloย membangkitkan Eropah daripada tidur dan mula berlayar meneroka dunia. Catatan kembara itu bertanggungjawab mencorakkan perjalanan sejarah seperti yang dikenali pada hari ini.

Inilah kisahย Marcoย Polo, seorang pengembara agung yang pernah muncul dalam sejarah peradaban manusia.ย 

ื“ื™ืจื•ื’ื™ื ื•ื‘ื™ืงื•ืจื•ืช

4.9
7 ื‘ื™ืงื•ืจื•ืช

ืขืœ ื”ืžื—ื‘ืจ

ย Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


Beliau merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa.


Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah, dan Siasah.

Sehingga kini beliau sudah menghasilkan hampir 20 novel sejarah bersama dengan PTS. PTS adalah satu-satunya penerbit yang menerbitkan novelnya sehingga setakat ini. Baginya novel sejarah adalah sesuatu yang perlu bagi merapatkan pembaca dengan sejarah. Inilah jihad beliau. Untuknya, manusia yang mengingati sejarah adalah manusia yang bersedia untuk masa hadapan.

Dalam genre novel sejarah, beliau sangat menjaga fakta, dan ketebalan buku bukanlah syarat untuk dia. Baginya, biar buku tidak tebal, asalkan fakta yang terkandung di dalamnya benar dan sahih. Itu lebih utama kepadanya.ย 

Gaya penulisannya mudah difahami tetapi tetap mengekalkan keindahan langgam sasteranya.ย 

Kini beliaumenjadikan penulisan antara kerjaya tetapnya selain daripada mengusahakan bisnes kecil-kecilan.

ืจื•ืฆื” ืœื“ืจื’ ืืช ื”ืกืคืจ ื”ื“ื™ื’ื™ื˜ืœื™ ื”ื–ื”?

ื ืฉืžื— ืœืฉืžื•ืข ืžื” ื“ืขืชืš.

ืื™ืš ืงื•ืจืื™ื ืืช ื”ืกืคืจ

ืกืžืืจื˜ืคื•ื ื™ื ื•ื˜ืื‘ืœื˜ื™ื
ื›ืœ ืžื” ืฉืฆืจื™ืš ืœืขืฉื•ืช ื”ื•ื ืœื”ืชืงื™ืŸ ืืช ื”ืืคืœื™ืงืฆื™ื” ืฉืœ Google Play Books ืœ-Android ืื• ืœ-iPad/iPhoneโ€. ื”ื™ื ืžืกืชื ื›ืจื ืช ื‘ืื•ืคืŸ ืื•ื˜ื•ืžื˜ื™ ืขื ื”ื—ืฉื‘ื•ืŸ ืฉืœืš ื•ืžืืคืฉืจืช ืœืš ืœืงืจื•ื ืžื›ืœ ืžืงื•ื, ื’ื ืœืœื ื—ื™ื‘ื•ืจ ืœืื™ื ื˜ืจื ื˜.
ืžื—ืฉื‘ื™ื ื ื™ื™ื“ื™ื ื•ืฉื•ืœื—ื ื™ื™ื
ื ื™ืชืŸ ืœื”ืื–ื™ืŸ ืœืกืคืจื™ ืื•ื“ื™ื• ืฉื ืจื›ืฉื• ื‘-Google Play ื‘ืืžืฆืขื•ืช ื“ืคื“ืคืŸ ื”ืื™ื ื˜ืจื ื˜ ืฉืœ ื”ืžื—ืฉื‘.
eReaders ื•ืžื›ืฉื™ืจื™ื ืื—ืจื™ื
ื›ื“ื™ ืœืงืจื•ื ื‘ืžื›ืฉื™ืจื™ื ืขื ืชืฆื•ื’ืช ื“ื™ื• ืืœืงื˜ืจื•ื ื™ (e-ink) ื›ืžื• ื”ืงื•ืจืื™ื ื”ืืœืงื˜ืจื•ื ื™ื™ื ืฉืœ Kobo, ืฆืจื™ืš ืœื”ื•ืจื™ื“ ืงื•ื‘ืฅ ื•ืœื”ืขื‘ื™ืจ ืื•ืชื• ืœืžื›ืฉื™ืจ. ื™ืฉ ืœืคืขื•ืœ ืœืคื™ ื”ื”ื•ืจืื•ืช ื”ืžืคื•ืจื˜ื•ืช ื‘ืžืจื›ื– ื”ืขื–ืจื” ื›ื“ื™ ืœื”ืขื‘ื™ืจ ืืช ื”ืงื‘ืฆื™ื ืœืงื•ืจืื™ื ืืœืงื˜ืจื•ื ื™ื™ื ื ืชืžื›ื™ื.